Malaysia antara negara paling aman di dunia - PM Anwar

Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran CFM hari ini. - Gambar Bernama
PETALING JAYA: Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia meskipun memiliki kepelbagaian kaum, agama dan serantau yang rumit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Malaysia kekal antara negara paling aman di dunia dengan kepelbagaian kaum dan agama yang rumit, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Keupayaan negara dalam mengurus kepelbagaian tersebut mengukuhkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia sebagai kuasa penstabil di serantau.
- Status Malaysia sebagai negara aman menjadi faktor utama dalam mendapat penghormatan daripada negara jiran dan komuniti antarabangsa serta mendapat kepercayaan dalam meredakan konflik serantau.
Anwar berkata demikian berucap pada majlis Minum Petang Sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusoff.
Perdana Menteri berkata status Malaysia sebagai negara aman antara faktor utama menjadikan negara ini terus dihormati negara jiran dan komuniti antarabangsa.
Hal berkenaan, kata Anwar dibuktikan menerusi kepercayaan diberikan oleh pemimpin serantau dan antarabangsa terhadap peranan Malaysia dalam meredakan konflik dan menggalakkan dialog termasuk oleh negara jiran.
Beliau berkata kedudukan Malaysia yang aman juga mendorong negara jiran seperti Kemboja dan Thailand untuk meletakkan kepercayaan kepada Malaysia bagi membantu memudah cara dialog dan meredakan ketegangan serantau.
Majlis dihadiri kira-kira 800 tetamu dalam kalangan komuniti Kristian berkenaan turut diserikan dengan beberapa persembahan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


