awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak lelaki 12 tahun digigit jerung di pantai Sydney Harbour
Abu Dhabi dinobat bandar paling selamat di dunia untuk tahun ke-10 berturut-turut
VFive Group salur RM2.5 juta zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Australia bincang skim pekerja sektor perladangan

Bernama
Bernama
07/09/2021
13:41 MYT
Malaysia-Australia bincang skim pekerja sektor perladangan
Skim berkenaan memberi peluang pekerjaan kepada migran dalam sektor pertanian berikutan ketiadaan sambutan daripada pekerja tempatan di Australia. - Gambar hiasan/ Reuters
PUTRAJAYA: Skim visa pertanian yang dilaksanakan di Australia, Skim Visa Pekerja Sektor Perladangan adalah antara yang menarik perhatian Malaysia untuk kajian amalan baik.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam satu kernyataan berkata skim itu menjadi antara topik perbincangan antara Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan yang menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee di pejabatnya di sini hari ini.
Skim berkenaan memberi peluang pekerjaan kepada migran dalam sektor pertanian berikutan ketiadaan sambutan daripada pekerja tempatan di Australia.
"Perkara yang sama turut berlaku di Malaysia dalam sektor perladangan, dan kerajaan sedang mengkaji amalan baik dari pelbagai negara termasuk Australia," kata KSM dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pertemuan Saravanan dan Lee itu.
KSM berkata pertemuan itu turut membincangkan peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Australia dalam pembangunan sumber manusia dan modal insan yang menyentuh mengenai aspek Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pembangunan kemahiran melalui peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula.
Perbincangan turut menyentuh berhubung cadangan kerjasama untuk meningkatkan imej negara dalam menangani aspek buruh paksa dimana KSM merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh di bawah Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO).
"Pihak Australia turut menyuarakan hasrat untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia dalam sektor industri berteknologi tinggi seperti sektor tenaga diperbaharui, susulan kepakaran dan kemahiran tempatan di bidang-bidang yang berkaitan dengan teknologi tinggi amat diperlukan," kata KSM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Australia
#visa pertanian
#Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan