Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, meskipun menerima kesan daripada penurunan harga minyak dan kebimbangan kredit, demikian menurut laporan "The Diplomat", majalah hal ehwal semasa antarabangsa bagi rantau Asia
Pasifik.
Laporan itu yang memetik ANZ Research, menyatakan meskipun banyak negara Asia yang bergelut untuk keluar daripada 'perangkap pendapatan sederhana', Malaysia dijangka dapat menanganinya terutamanya dengan pembaharuan struktur yang dilaksanakan menerusi Program Transformasi Ekonomi pelbagai tahun yang dilancarkan pada 2010.
Pakar-pakar ekonomi kumpulan perbankan itu, Weiwen Ng dan Glenn Maguire berkata Malaysia mencatatkan peningkatan pesat, dengan pendapatan negara kasar per kapita meningkat daripada hanya US$300 pada 1963 kepada US$10,808 tahun lepas, berbanding sasaran 'pendapatan tinggi' sekitar US$15,000.
"Dengan tumpuan menaik taraf dan mempelbagaikan asas perindustriannya, Malaysia bakal menyertai Singapura dalam kumpulan negara berpendapatan tinggi.
Kejayaan laluan pembangunan kedua-dua ekonomi ini dijangka membentuk acuan yang akan diikuti oleh ekonomi-ekonomi ASEAN lain dalam transformasi mereka sendiri," kata kedua-dua pakar ekonomi itu.
Menurut ANZ, pembandaran menjadi elemen utama dalam pertumbuhan Malaysia, hubungan positif diperkukuh sendiri yang membantunya menjadi negara ASEAN ketiga paling urban di belakang Singapura dan Brunei.
Penghapusan subsidi bahan api dan harga minyak rendah dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) juga sepatutnya membebaskan ruang fiskal kira-kira 2.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, yang boleh diperuntukkan bagi perbelanjaan prasarana, kata kedua-dua pakar ekonomi itu.
Bagaimanapun, mereka memberi amaran terhadap pengurangan usaha pembaharuan apabila semakin menghampiri sasaran.
"Walaupun garis penamat sudah di depan mata, namun pusingan akhir tidak akan menjadi mudah. Khususnya, pelaburan bermula tahun ini dengan lebih berhati-hati, jelas kelihatan daripada penurunan terbitan sekuriti hutang awam dan aktiviti pinjaman perniagaan.
"Pelaksanaan perbelanjaan pembangunan kasar dan projek prasarana utama kini kritikal untuk memanfaatkan potensi Malaysia dan mengekalkan momentum pelaburan ini," kata mereka.
Bernama
Tue May 19 2015
Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, meskipun menerima kesan daripada penurunan harga minyak dan kebimbangan kredit. - Gambar fail
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Malaysia bakal capai status negara pendapatan tinggi menjelang 2020 - Laporan
Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, meskipun menerima kesan daripada penurunan harga minyak dan kebimbangan kredit.