Dalam usaha untuk memudahkan pergerakan modal insan dengan pelaksanaan Komuniti Ekonomi Asean tahun depan, Malaysia, akan membuka permohonan Visa Kemasukan Pelbagai bagi lima tahun bagi pelabur pada Disember ini.
Semasa mengumumkannya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permohonan berkenaan boleh dibuat di Bahagian Perkhidmatan Pegawai Dagang Jabatan Imigresen, yang dilancarkan pada Jun.
Najib berkata langkah itu diambil untuk menyokong pergerakan pelawat perniagaan, pelabur dan pengurus dana, termasuk dari luar Asean seperti India dan China.
"Pergerakan yang lebih bebas bagi pelawat perniagaan, pelabur dan profesional mahir merupakan perkara penting untuk menyokong perdagangan dan pelaburan," kata Najib dalam ucapan pada Sesi Dialog Pemimpin Perniagaan hari ini.
Beliau berkata memandangkan Malaysia akan menjadi pengerusi Asean pada 2015, adalah penting bagi Malaysia membuat persediaan penting ini dalam integrasi Asean yang menyediakan peluang yang lebih luas bagi Malaysia.
Najib juga berkata bagi memastikan peluang dalam Asean mencapai semua peringkat komuniti termasuk golongan muda, Malaysia akan melancarkan Program Latihan Asean, program "My Asean Internship".
Melalui program ini, syarikat-syarikat Malaysia akan membawa belia Malaysia untuk latihan di luar negara di negara-negara Asean dan belia dari negara-negara Asean menjalani latihan di Malaysia.
"Pada masa ini, kesedaran tentang peluang yang muncul daripada AEC masih rendah, walaupun dalam kalangan usahawan akan datang," kata beliau.
Majikan-majikan utama yang bersetuju untuk merintis inisiatif ini termasuk CIMB, Malayan Banking Bhd, Axiata dan Sime Darby Bhd.
Dialog Pemimpin Perniagaan itu dihadiri 40 pemimpin korporat yang mewakili syarikat awam tersenarai dan syarikat berkaitan kerejaan.
Hadir sama Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Idris Jala serta Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Bernama
Tue Aug 26 2014
Permohonan berkenaan boleh dibuat di Bahagian Perkhidmatan Pegawai Dagang Jabatan Imigresen.
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
ASEAN sasar tingkatkan pelaburan asing
Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN bincang isu-isu utama dengan matlamat menjadikan ASEAN destinasi pelaburan asing yang lebih menarik.
Brexit bukti pendekatan Asean berhasil - Nazir Razak
Nazir turut berkata kekurangan kejelasan mengenai kemungkinan hasil rundingan Brexit menunjukkan ia sukar untuk membuat sebarang jangkaan.
WEF 2016: ASEAN perlu tumpu empat faktor pacu potensi, kejayaan AEC - Nazir Razak
ASEAN mempunyai alasan kukuh untuk optimis terhadap masa depannya dengan syarat setiap kerajaannya menyedari kepentingan penyepaduan mereka bagi merealisasikan potensi masing-masing.
ASEAN 'tanah subur' untuk inovasi - Kajian
Global Entrepreneurship Monitor (GEM), mendapati ASEAN amat sesuai untuk keusahawanan yang dipacu oleh inovasi.
Polisi domestik ASEAN perlu selari untuk maksimumkan potensi - Rafidah Aziz
Agenda ASEAN perlu dijadikan tunjang setiap inisiatif kementerian di semua negara anggota.
Mata wang tunggal hanya jika negara Islam bersatu - Munir Majid
Penggunaan sistem mata wang tunggal bagi blok negara Islam tidak boleh dilaksanakan selagi tiada persefahaman dan perpaduan antara negara-negara Islam.
AEC di landasan tepat, kini siap 91.5 peratus - Mustapa
Cadangan Malaysia untuk membentuk satu komuniti ekonomi tunggal di ASEAN menjelang penghujung tahun ini, kini di landasan yang tepat dan siap 91.5 peratus.
AEC bakal jadikan ASEAN kuasa besar ekonomi
ASEAN kini benar-benar meraih tarikan sebagai satu entiti ekonomi berpotensi dengan prospek mega dalam perdagangan dan pelaburan.