MALAYSIA
Malaysia bakal miliki dua lagi UNESCO Global Geopark
Lenggong Geopark dan Sarawak Delta Geopark menerima status Green Card daripada Mesyuarat ke-10 UNESCO Global Geoparks Council yang berlangsung di Kultralkura UNESCO Global Geopark, Chile, pada 5 dan 6 Sept lepas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pengiktirafan Lenggong Geopark dan Sarawak Delta Geopark menjadikan Malaysia bakal memiliki UNESCO Global Geopark (UGGp) ketiga dan keempat selepas Langkawi dan Kinabalu sekali gus mengukuhkan kedudukan negara dalam usaha pemuliharaan alam semula jadi serta pengurusan mampan kawasan bernilai antarabangsa.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) hari ini, kedua-dua geopark berkenaan menerima status Green Card daripada Mesyuarat ke-10 UNESCO Global Geoparks Council yang berlangsung di Kultralkura UNESCO Global Geopark, Chile, pada 5 dan 6 Sept lepas.
Lenggong dan Sarawak Delta Geopark diiktiraf bersama tujuh geopark lain daripada pelbagai negara dan keputusan itu akan dibawa ke Lembaga Eksekutif UNESCO untuk pengesahan sebelum pengiktirafan rasmi sebagai UGGp diberikan.
"Dengan pencapaian itu, Malaysia kini berada di landasan untuk menambah kepada dua lagi UGGp selain Langkawi dan Kinabalu, sementara lapan Geopark Kebangsaan sedia ada sedang diperkasakan sebagai calon berpotensi ke peringkat antarabangsa," menurut NRES.
Kementerian itu turut menyifatkan pengiktirafan berkenaan sebagai pencapaian bermakna, khususnya kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memelihara kelestarian alam sekitar serta mengurus kawasan geopark yang memiliki nilai kepentingan antarabangsa.
"Ia juga seiring dengan Agenda Pembangunan Negara dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menekankan pemuliharaan alam, pembangunan mampan serta keseimbangan antara manfaat ekonomi dan sosial," menurut NRES.
Selain itu, pengiktirafan berkenaan selari dengan agenda Kerajaan MADANI yang memberi penekanan kepada tiga teras, iaitu kemampanan melalui pemeliharaan alam sekitar, kesejahteraan melalui manfaat ekonomi setempat, serta hormat terhadap warisan budaya dan komuniti.
NRES turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Perak, Majlis Daerah Lenggong, Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak (MUDeNR), Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), agensi teknikal, universiti tempatan serta komuniti setempat.
"Sokongan dan kerjasama semua pihak menjadi faktor penting dalam memastikan Lenggong dan Sarawak Delta Geopark mencapai status berprestij," menurut kenyataan itu.
NRES berharap pengiktirafan itu dapat memperkukuh pembangunan mampan di kedua-dua kawasan geopark, selain memastikan syor penambahbaikan dapat dilaksanakan dalam tempoh empat tahun sebelum sesi penilaian semula dijalankan.
Kementerian juga mengalu-alukan sokongan berterusan daripada semua pihak dalam menjayakan agenda geopark negara, termasuk usaha mencalonkan geopark kebangsaan lain yang berpotensi untuk diangkat ke peringkat UNESCO pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lenggong dan Sarawak Delta Geopark menerima status Green Card daripada UNESCO Global Geoparks Council, menjadikan Malaysia berpotensi memiliki UNESCO Global Geopark ketiga dan keempat selepas Langkawi dan Kinabalu.
- Pengiktirafan ini dianggap pencapaian penting dalam pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan, selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 dan agenda Kerajaan MADANI.
- Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap pengiktirafan ini dapat memperkukuh pembangunan geopark serta menyokong pencalonan geopark kebangsaan lain ke peringkat antarabangsa.