Malaysia bakal terima pelaburan berjumlah hampir RM34 bilion daripada Ajlan Bros

Bernama
Ogos 29, 2022 09:19 MYT
Konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (AS$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (AS$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pelaburan itu adalah dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, pertahanan dan hiburan.
Ajlan Bros merupakan satu daripada konglomerat hartanah utama di Arab Saudi yang mengkhususkan dalam kediaman, perindustrian, komersial dan rumah gudang.
Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih dari 25 negara dan memiliki aset bernilai lebih daripada AS$15 bilion serta hasil lebih AS$2 billon.
-- BERNAMA
#Ajlan Bros #pelaburan #Konglomerat Arab Saudi #semikonduktor #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob