MALAYSIA
Malaysia bantah cubaan iktiraf ‘Somaliland’ sebagai destinasi pengusiran paksa rakyat Gaza - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantahan Malaysia terhadap sebarang percubaan untuk mengiktiraf negara yang digelar ‘Somaliland’ atau mana-mana wilayah lain, sebagai destinasi bagi pengusiran paksa rakyat Palestin dari Gaza.
Menurut Anwar, idea-idea sebegini sama sekali tidak boleh diterima kerana ia melanggar undang-undang antarabangsa serta prinsip kemanusiaan, dan hanya akan mengekalkan ketidakadilan tanpa menyumbang kepada keamanan.
“Kami menyatakan bantahan tegas terhadap sebarang percubaan untuk menggunakan “Somaliland”, atau mana-mana wilayah lain, sebagai destinasi bagi pemindahan atau pengusiran paksa rakyat Palestin dari Gaza,” katanya semasa sidang media Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Tambahnya, Malaysia turut menyokong pendirian yang diambil oleh sekumpulan besar negara dan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menolak pengiktirafan Israel terhadap wilayah yang digelar ‘Somaliland’ pada 26 Disember lalu.
Terdahulu media melaporkan terdapat 21 negara Arab, Islam, dan Afrika pada Jumaat menyatakan penolakan dan kecaman terhadap keputusan Israel untuk mengiktiraf wilayah pemisah Somalia, ‘Somaliland’, sebagai sebuah negara merdeka.
Pengiktirafan Israel terhadap ‘Somaliland’ berpotensi mengancam kedaulatan dan integriti Somalia, menimbulkan ketegangan diplomatik serantau, serta menjejaskan keamanan dan keselamatan di Afrika dan Laut Merah.
Pada masa sama Anwar turut mengambil maklum mengenai pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Florida semalam.
Beliau menegaskan tindakan kejam rejim Zionis Israel ke atas penduduk Gaza secara besar-besaran tidak boleh berlaku sekali lagi.
“Tiada ruang untuk kembali kepada keganasan berskala besar, sebarang rancangan tindakan ganas hanya membebankan orang awam dan melemahkan lagi prospek keamanan yang masih rapuh.
“Israel mesti dipertanggungjawabkan atas tindakannya serta melaksanakan kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya lagi.
Dapatkan berita terkini di sini