awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bantah tindakan Amerika gabung Konsulat Jeneral dengan kedutaannya di Baitulmaqdis

Bernama
Bernama
04/03/2019
21:00 MYT
Malaysia bantah tindakan Amerika gabung Konsulat Jeneral dengan kedutaannya di Baitulmaqdis
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata tindakan yang berkuatkuasa 4 Mac itu adalah langkah yang malang terbaru yang diambil oleh Amerika terhadap Palestin dan rakyatnya. - Foto REUTERS
Malaysia menentang keras tindakan Amerika Syarikat menggabungkan Konsulat Jeneral dengan kedutaannya di Baitulmaqdis.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Isnin berkata tindakan yang berkuatkuasa 4 Mac itu adalah langkah malang terbaru yang diambil oleh Amerika terhadap Palestin dan rakyatnya.
"Langkah ini bukan saja membangkitkan persoalan mengenai kredibiliti Amerika sebagai 'pengantara' dalam konflik Israel-Palestin, tapi juga soal objektif sebenarnya di Asia Barat.
"Walaupun Amerika berkata penggabungan itu adalah sebagai meningkatkan kecekapan birokratik, Malaysia berpandangan ia hanyalah helah dalam usaha menyembunyikan maksud sebenar tindakan membuka Kedutaan Amerika di Baitulmaqdis," katanya.
Menurut kenyataan itu langkah berkenaan akan memusnahkan rancangan penyelesaian dua negara yang mendapat sokongan majoriti komuniti antarabangsa.
"Malaysia akan terus membantah sebarang tindakan yang akan merosakkan usaha mencari keadilan dan keamanan yang berpanjangan kepada konflik itu," menurutnya.
"Malaysia ingin mengulangi pandangan kukuhnya bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik yang sudah berlarutan sejak sekian lama itu adalah menerusi penyelesaian dua negara, berdasarkan kepada persempadanan pra-1967 di mana Palestin dan Israel hidup berjiran secara aman, dengan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Palestin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baitulmaqdis
#Jerusalem consulate
#Kedutaan Amerika di Baitulmaqdis
#konsulat jeneral
#Malaysia menentang keras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan