MALAYSIA
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan hospital kluster untuk memperluas akses kepada perkhidmatan onkologi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi apabila hanya 184 doktor dalam bidang itu berkhidmat di seluruh negara ketika ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata bagi menanganinya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan hospital kluster untuk memperluas akses kepada perkhidmatan onkologi.
"Setakat ini kita mempunyai 184 pakar onkologi di seluruh negara berdasarkan data 2025 dan daripada jumlah itu, 65 berkhidmat di bawah KKM, 107 di sektor swasta manakala selebihnya masih dalam latihan.
"Ya, kita berdepan kekurangan pakar onkologi. Nisbah ideal yang kita sasarkan masih belum tercapai. Sebab itu saya menekankan pendekatan berasaskan kluster dengan pakar di hospital utama boleh menyokong hospital daerah atau fasiliti yang tidak mempunyai pakar tetap," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Kanser Sedunia 2026 di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini.
Dzulkefly berkata kanser kekal sebagai punca kematian ketiga tertinggi di Malaysia dengan kes baharu berada pada kadar stabil sekitar 40,000 setahun.
Beliau berkata biarpun angka itu menunjukkan trend mendatar, namun kementeriannya akan terus memperhebat usaha saringan awal dan pencegahan khususnya bagi kanser payudara, kolorektal, paru-paru dan prostat.
Dzulkefly berkata data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kanser menyumbang 14.3 peratus daripada keseluruhan kematian pada 2024, meningkat berbanding 13.8 peratus pada tahun sebelumnya.
Bagi menangani jurang akses khususnya dalam kalangan komuniti B40 dan penduduk luar bandar, Dzulkefly berkata program Wiran Kanser dilancarkan hari ini menggunakan pendekatan "lebih dekat dengan rumah" bagi memperluas saringan awal dan rawatan.
Beliau berkata inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama SBS Nexus dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia itu merupakan anjakan paradigma yang melibatkan naungan Keluarga Diraja meliputi enam jenis kanser utama di Malaysia iaitu payudara, kolorektal, paru-paru, serviks, genitourinari dan kanser kanak-kanak.
Dzulkefly berkata program berkenaan turut disokong melalui kerjasama strategik dengan 13 pertubuhan bukan kerajaan bagi memperkukuh pencegahan, kawalan penyakit serta penyampaian perkhidmatan sokongan bersepadu kepada pesakit.
"Untuk menangani beban kanser, kementerian akan memberi tumpuan kepada empat teras utama, iaitu pencegahan, promosi, advokasi dan saringan, bertujuan memastikan pengesanan awal serta rawatan tepat pada masanya termasuk menerusi program Wiran Kanser," katanya.
-- BERNAMA