awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berhasrat adakan sidang kemuncak RCEP pada Oktober - PM Anwar

Bernama
Bernama
27/08/2025
10:50 MYT
Malaysia berhasrat adakan sidang kemuncak RCEP pada Oktober - PM Anwar
Perdana Menteri menyampaikan ucapan khas pada Meja Bulat Kuala Lumpur mengenai Kerjasama Serantau Asia Pasifik bagi Forum Boao untuk Asia hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN berhasrat untuk mengadakan sidang kemuncak negara-negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang terdiri daripada pelbagai ekonomi utama Asia di sini pada Oktober.

Ringkasan AI
  • Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak RCEP pada Oktober 2025 sebagai pengerusi ASEAN, melibatkan 15 negara anggota termasuk China, Jepun, Korea Selatan dan Australia.
  • Matlamat sidang kemuncak ialah menilai semula dan mempercepat pelaksanaan dasar perdagangan bebas, serta membuktikan komitmen Asia terhadap keterbukaan ekonomi walaupun cabaran global meningkat.
  • Perdana Menteri menegaskan RCEP tidak boleh kekal sebagai dokumen undang-undang semata-mata, sebaliknya perlu dihidupkan semula dengan semangat politik untuk menjamin kemakmuran serantau.

Beliau berkata matlamatnya untuk membuktikan bahawa Asia, sebagai benua ekonomi utama masih mampu menerajui agenda keterbukaan walaupun negara lain berpendirian sebaliknya dalam arena ekonomi global.
"RCEP kekal sebagai satu daripada beberapa kumpulan yang negara-negara pesaing duduk bersama dalam dialog," kata beliau dalam ucapan khas pada Meja Bulat Kuala Lumpur mengenai Kerjasama Serantau Asia Pasifik bagi Forum Boao untuk Asia di sini hari ini.
Anwar berkata sidang kemuncak RCEP akan membolehkan 15 negara anggota, yang termasuk 10 negara ASEAN serta Australia, kuasa besar ekonomi China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand menilai semula dan memacu pelaksanaan dasar perdagangan bebas dan terbuka.
Menegaskan bahawa RCEP kekal sebagai kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia, meliputi 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, beliau berkata kumpulan ini "tidak seharusnya kekal sebagai dokumen undang-undang di atas kertas, sebaliknya perlu diperbaharui dengan iltizam politik."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau
#RCEP
#ekonomi utama Asia
#Forum Boao untuk Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan