MALAYSIA
Malaysia berhati-hati sokong cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan Gaza - PM Anwar
Anwar berkata, walaupun Malaysia menyokong langkah-langkah untuk menjamin keamanan, beberapa isu telah menimbulkan kebimbangan termasuk melibatkan komposisi dan mandat jawatankuasa itu. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil pendirian berhati-hati sebelum memberikan sokongan terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan bagi Gaza selagi serangan rejim Zionis Israel belum dihentikan dan bantuan kemanusiaan tidak dijamin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata walaupun Malaysia menyokong langkah-langkah untuk menjamin keamanan, beberapa isu telah menimbulkan kebimbangan termasuk melibatkan komposisi dan mandat jawatankuasa berkenaan.
Antaranya berhubung kemungkinan penyertaan Perdana Menteri Israel dalam jawatankuasa itu dan penglibatan bekas Perdana Menteri United Kingdom Tony Blair, yang dianggap terlibat secara langsung dalam serangan ke atas Iraq selain mempunyai sikap tidak telus serta tidak adil dalam isu Palestin dan Gaza.
"Pada dasarnya, kita sokong langkah-langkah untuk menjamin keamanan tetapi kita juga ada beberapa pandangan tentang penubuhan jawatankuasa itu dan ahli-ahli yang terlibat... banyak pengumuman itu belum disahkan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) berhubung pendirian Malaysia terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan penubuhan Jawatankuasa Keamanan untuk Gaza.