MALAYSIA
Malaysia berpotensi jadi destinasi utama aktiviti pendakian - Johan Jaaffar
Majlis Ramah Mesra dan apresiasi Ekspedisi Trans Titiwangsa V6 di kediaman tokoh wartawan negara Tan Sri Johan Jaaffar pada Sabtu. -Foto Astro AWANI
PETALING JAYA: Malaysia berpotensi besar muncul sebagai destinasi utama aktiviti pendakian dan rekreasi luar, sekali gus menarik lebih ramai penyertaan generasi muda dalam bidang itu.
Ringkasan AI
Menurut Tan Sri Johan Jaaffar, potensi tersebut wajar disokong kerajaan, khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dengan menyediakan dana khas kepada kumpulan pendaki atau penggiat aktiviti luar.
“Ada banyak tempat istimewa di Malaysia. Potensi pendakian, trekking dan sebagainya sangat besar, bukan sahaja di Semenanjung malah juga di Sabah dan Sarawak.
“Saya berharap pihak kerajaan, khususnya KBS, melihat kegiatan ini sebagai sesuatu yang serius dan perlu dibantu,” kata Johan yang merupakan peminat aktiviti pendakian.
Beliau yang juga Tokoh Wartawan Negara berkata demikian pada majlis ramah mesra dan apresiasi Ekspedisi Trans Titiwangsa V6 di kediamannya, di sini, pada Sabtu.
Program itu turut meraikan kejayaan pasukan ekspedisi berkenaan yang menamatkan pendakian merentas banjaran utama negara sejauh 656 kilometer dalam tempoh 65 hari.
Pencapaian itu juga direkodkan sebagai perjalanan pendakian terpanjang di Asia Tenggara.
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Johan menyifatkan kejayaan pasukan sebagai lambang semangat juang, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air, selain mengangkat nama Malaysia di persada dunia.
Turut hadir, Datuk M. Magendran, pendaki negara pertama yang menawan Everest, serta Mohd Noor Amin, penulis buku Jejak Ke Puncak.
Ekspedisi Trans Titiwangsa V6 bermula di Gunung Basor, Jeli, dan berakhir di Menara Jam Bukit Fraser, melibatkan 28 peserta termasuk Malim Gunung Perhutanan (MGP), dengan 20 daripadanya berjaya menamatkan perjalanan.
Ringkasan AI
- Malaysia berpotensi menjadi destinasi utama aktiviti pendakian dan rekreasi luar, memerlukan sokongan kerajaan khususnya KBS melalui dana khas untuk penggiat aktiviti ini.
- Ekspedisi Trans Titiwangsa V6 berjaya menamatkan pendakian sejauh 656 km dalam 65 hari, direkodkan sebagai pendakian terpanjang di Asia Tenggara.
- Kejayaan ini dilihat sebagai simbol semangat juang, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air, serta peluang mengangkat nama Malaysia di peringkat global.