awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berupaya hasilkan vaksin COVID-19 tempatan - Dr Adham

Bernama
Bernama
28/08/2021
13:03 MYT
Malaysia berupaya hasilkan vaksin COVID-19 tempatan - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penghasilan sendiri vaksin COVID-19 sangat penting bagi membantu negara mencegah wabak itu daripada terus menular. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA TINGGI: Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin COVID-19 pertama negara dengan mengembleng tenaga para saintis di negara ini yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan awam untuk melakukan inovasi terutamanya dalam pembinaan dan penghasilan vaksin.
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penghasilan sendiri vaksin COVID-19 sangat penting bagi membantu negara mencegah wabak itu daripada terus menular.
"Penghasilan vaksin pertama dalam negara sangat penting, kita kena bergerak ke hadapan dan perlu yakin kerana kita mempunyai para saintis yang boleh digembleng tenaga untuk membuat 'breakthrough' dalam inovasi dan 'penemuan saintifik'," katanya.
Ahli Parlimen Tenggara yang dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Isnin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Program Penyerahan Pelitup Muka di Taman Kota Jaya di sini hari ini.
Sementara itu Dr Adham berkata pihaknya merancang untuk membuat 'perjanjian dua hala' dengan negara lain yang telah berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 termasuk China, India dan Thailand.
Beliau pada masa sama menjelaskan akan mengadakan lawatan ke sebuah kilang 'fill and finish' vaksin CanSino di Kuala Lumpur Isnin ini.
"Salah satu tanda awal bahawa kita boleh menghasilkan vaksin adalah dengan mewujudkan kilang 'fill and finish' ini.
"Vaksin yang kita akan hasilkan perlu dibotolkan, jadi telah ada teknologi 'fill and finish' ini, namun perlu dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#vaksin
#COVID-19
#bekas Menteri Kesihatan
#Adham Baba
#MOSTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan