MALAYSIA
Malaysia bimbang konflik Thailand-Kemboja, sedia bantu pulihkan ketegangan - PM Anwar
Konflik terbaharu ini tercetus selepas Thailand dan Kemboja menandatangani perjanjian gencatan senjata yang disaksikan Presiden Trump dan Perdana Menteri Anwar di Kuala Lumpur dua bulan lalu. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran bersenjata yang tercetus semula di sempadan Thailand dan Kemboja, yang mengorbankan nyawa dan mencederakan beberapa anggota tentera.
Sehubungan itu, Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan bahawa pertempuran ini berisiko menggagalkan usaha yang telah dilakukan untuk menstabilkan hubungan kedua-dua negara jiran.
“Thailand dan Kemboja adalah rakan rapat Malaysia serta anggota penting ASEAN.
"Kami menggesa kedua-dua pihak supaya bertindak dengan penuh berhemah, mengekalkan saluran komunikasi terbuka dan memanfaatkan sepenuhnya mekanisme yang sedia ada,” kata Perdana Menteri Anwar dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Malaysia dalam masa sama menegaskan kesediaan untuk menyokong langkah-langkah yang dapat membantu memulihkan ketenangan dan mengelakkan insiden lanjut.
“Rantau kita tidak mampu membiarkan pertikaian lama berlarutan sehingga mencetuskan kitaran konfrontasi.
"Keutamaan segera adalah menghentikan pertempuran, melindungi orang awam dan kembali ke landasan diplomasi yang disokong oleh undang-undang antarabangsa serta semangat kejiranan ASEAN,” jelas Perdana Menteri lagi.
Konflik terbaharu ini tercetus selepas kedua-dua negara menandatangani perjanjian gencatan senjata yang disaksikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Anwar di Kuala Lumpur dua bulan lalu.
Namun, perjanjian itu kini dilihat goyah selepas Thailand menggantung pelaksanaannya berikutan insiden letupan periuk api di sempadan.