awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia boleh capai sasaran pelaburan RM58 bilion tahun ini - MTE

Isabelle Leong
Isabelle Leong
03/09/2020
09:52 MYT
Malaysia boleh capai sasaran pelaburan RM58 bilion tahun ini - MTE
Dr Noor Azlan (tengah) berkata walaupun berdepan dengan kekangan berikutan penularan wabak COVID-19, Malaysia sudah mencapai hampir 60 peratus sasaran tahun 2020 tersebut. - Foto Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Malaysia dilihat berpotensi untuk mencapai sasaran pelaburan berjumlah RM58 bilion pada tahun ini.
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali melahirkan keyakinanitu berdasarkan data yang diperolehi daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dr Noor Azlan berkata walaupun berdepan dengan kekangan berikutan penularan wabak COVID-19, Malaysia sudah mencapai hampir 60 peratus sasaran pelaburan bagi tahun 2020.
“Potensi untuk mencapai sasaran itu masih ada.
“Kami menyaksikan tanda-tanda pemulihan, baik daripada sektor domestik mahupun daripada pelaburan luar negara.
“Sektor utama yang terlibat adalah bidang E&E (elektrik dan elektronik), pembuatan makanan, mesin dan peralatan, pengangkutan dan pembuatan produk logam,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Sepang Aircraft Engineering dan Airbus Malaysia Customer Services Sdn Bhd pada Khamis.
Bagaimanapun, tegasnya, ekonomi Malaysia belum pulih sepenuhnya tetapi menunjukkan tanda-tanda positif pemulihan yang memberangsangkan.
“Ini satu perkara yang perlu kami pantau bagi memastikan ekonomi negara terus dapat tumbuh dengan baik,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Azlan Ghazali
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
#Majlis Tindakan Ekonomi
#MIDA
#MITI
#MTE
#sasaran pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan