MALAYSIA
Malaysia, Brunei kecam rancangan ‘Greater Israel’, desak gencatan senjata kekal
Kenyataan bersama itu juga menegaskan sokongan teguh dan solidariti tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk keamanan, kebebasan dan hak menentukan nasib sendiri. - Foto PMO
PUTRAJAYA: Malaysia dan Brunei mengecam rancangan peluasan haram Israel yang digelar “Greater Israel” serta keputusan tidak sah untuk menduduki sepenuhnya Gaza.
Ringkasan AI
Kedua-dua pemimpin negara itu menegaskan tindakan Israel itu adalah pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi-resolusi berkaitan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 antara Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini.
“Kedua-dua pemimpin menolak sekeras-kerasnya visi peluasan haram Israel, yang jelas menunjukkan sikap angkuh rejim Zionis mengabaikan prinsip asas kemanusiaan dan ketertiban dunia berasaskan undang-undang,” menurut kenyataan bersama itu.
Kedua-dua pemimpin juga menegaskan isu Palestin kekal sebagai teras utama konflik Asia Barat dan melahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza.
Mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan genosid dan pembersihan etnik yang dilakukan rejim Zionis Israel sebagai kuasa pendudukan.
Kenyataan itu menambah bahawa sekatan penuh terhadap akses kemanusiaan dan penghantaran bantuan ke Gaza adalah pencabulan besar terhadap undang-undang antarabangsa yang telah mengakibatkan korban nyawa besar, perpindahan paksa, kebuluran sistematik dan kekurangan bekalan asas.
“Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas bagi menamatkan kitaran kekebalan Israel daripada sebarang tindakan undang-undang,” kata kenyataan itu.
Mereka turut menekankan tanggungjawab dunia untuk melindungi hak rakyat Palestin serta memastikan akses kemanusiaan yang segera dan tanpa halangan ke Gaza.
Kedua-dua pemimpin sekali lagi menuntut gencatan senjata kekal segera serta penyelesaian terhadap punca sebenar konflik, termasuk menamatkan pendudukan haram Israel yang berlarutan puluhan tahun.
Kenyataan bersama itu juga menegaskan sokongan teguh dan solidariti tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk keamanan, kebebasan dan hak menentukan nasib sendiri.
“Kedua-dua pemimpin menekankan bahawa penyelesaian adil dan berkekalan hanya boleh dicapai melalui kaedah damai, berlandaskan undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta resolusi PBB,” katanya.
Mereka turut menyambut baik peningkatan sokongan global untuk mengiktiraf negara Palestin tanpa syarat, selaras usaha merealisasikan sebuah negara berdaulat dan merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara di bawah penyelesaian dua negara.
“Kedua-dua pemimpin menggesa negara-negara lain yang masih belum mengiktiraf Palestin agar segera berbuat demikian,” jelas kenyataan itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Malaysia dan Brunei mengecam peluasan haram Israel dan pendudukan Gaza, menyifatkannya sebagai pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
- Kedua-dua pemimpin menuntut gencatan senjata kekal dan akses kemanusiaan segera ke Gaza, serta menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap kekebalan Israel daripada tindakan undang-undang.
- Sokongan penuh diberikan kepada perjuangan rakyat Palestin, termasuk seruan agar lebih banyak negara mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Kedua-dua pemimpin negara itu menegaskan tindakan Israel itu adalah pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi-resolusi berkaitan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 antara Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini.
“Kedua-dua pemimpin menolak sekeras-kerasnya visi peluasan haram Israel, yang jelas menunjukkan sikap angkuh rejim Zionis mengabaikan prinsip asas kemanusiaan dan ketertiban dunia berasaskan undang-undang,” menurut kenyataan bersama itu.
Kedua-dua pemimpin juga menegaskan isu Palestin kekal sebagai teras utama konflik Asia Barat dan melahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza.
Mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan genosid dan pembersihan etnik yang dilakukan rejim Zionis Israel sebagai kuasa pendudukan.
Kenyataan itu menambah bahawa sekatan penuh terhadap akses kemanusiaan dan penghantaran bantuan ke Gaza adalah pencabulan besar terhadap undang-undang antarabangsa yang telah mengakibatkan korban nyawa besar, perpindahan paksa, kebuluran sistematik dan kekurangan bekalan asas.
“Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas bagi menamatkan kitaran kekebalan Israel daripada sebarang tindakan undang-undang,” kata kenyataan itu.
Mereka turut menekankan tanggungjawab dunia untuk melindungi hak rakyat Palestin serta memastikan akses kemanusiaan yang segera dan tanpa halangan ke Gaza.
Kedua-dua pemimpin sekali lagi menuntut gencatan senjata kekal segera serta penyelesaian terhadap punca sebenar konflik, termasuk menamatkan pendudukan haram Israel yang berlarutan puluhan tahun.
Kenyataan bersama itu juga menegaskan sokongan teguh dan solidariti tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk keamanan, kebebasan dan hak menentukan nasib sendiri.
“Kedua-dua pemimpin menekankan bahawa penyelesaian adil dan berkekalan hanya boleh dicapai melalui kaedah damai, berlandaskan undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta resolusi PBB,” katanya.
Mereka turut menyambut baik peningkatan sokongan global untuk mengiktiraf negara Palestin tanpa syarat, selaras usaha merealisasikan sebuah negara berdaulat dan merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara di bawah penyelesaian dua negara.
“Kedua-dua pemimpin menggesa negara-negara lain yang masih belum mengiktiraf Palestin agar segera berbuat demikian,” jelas kenyataan itu.

#Anwar Ibrahim
#Brunei
#gencatan senjata
#Greater Israel
#Gaza
#Palestin
#PBB
#Sultan Hassanal Bolkiah
#rejim Zionis