MALAYSIA
Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama pelbagai bidang strategik - Fahmi
Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 berlangsung pada Rabu antara Perdana Menteri Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah di Putrajaya.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Brunei bersetuju untuk memperkukuh lagi kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik menerusi Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26, pada Rabu.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerjasama tersebut merangkumi perdagangan, pelaburan, tenaga, maritim, pendidikan, pertanian serta keterjaminan makanan.
"Malaysia turut menyambut baik langkah penambahan penerbangan oleh Royal Brunei Airlines ke Sabah, di samping pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) di Bandar Seri Begawan, yang diyakini mampu merancakkan hubungan dua hala," katanya menerusi hantaran di Facebook.
ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei yang berfungsi sebagai platform bagi pemimpin kedua-dua negara menilai kemajuan kerjasama sedia ada, membincangkan isu semasa dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
ACL ke-26 berlangsung semalam antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Putrajaya.
Selain itu, Fahmi menyatakan rasa syukur kerana diberikan penghormatan selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Hassanal Bolkiah sepanjang Lawatan Negara Baginda ke Malaysia selama tiga hari yang berakhir hari ini.
"Moga hubungan istimewa Malaysia-Brunei terus diperkasakan berlandaskan ukhuwah, kerjasama strategik serta aspirasi bersama, demi kestabilan dan kesejahteraan serantau," katanya.
Sultan Brunei tiba di Malaysia pada Isnin untuk Lawatan Negara atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Baginda bersama delegasi termasuk Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah, menteri-menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan Brunei berlepas pulang dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, di sini, pada 3.05 petang Rabu.
Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (USD1.77 bilion).
Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini pula, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah USD690 juta (RM3.02 bilion), dengan eksport berjumlah USD500 juta (RM2.18 bilion) dan import USD190 juta (RM840 juta).
-- BERNAMA

#Malaysia-Brunei
#Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei
#ALC 26
#Sultan Brunei
#PM Anwar Ibrahim
#Fahmi Fadzil