MALAYSIA
Malaysia buat persiapan penuh hadapi Monsun Timur Laut - Fahmi
Fahmi berkata, penambahbaikan rangkaian telekomunikasi sedang dilaksanakan, termasuk mengalih peralatan kritikal ke tempat lebih tinggi bagi mengelak kerosakan akibat banjir. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diaktifkan sepenuhnya susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula Khamis.
Ringkasan AI
Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan ATM sedia digerakkan untuk misi bantuan banjir.
"Menteri Pertahanan memaklumkan ATM bersedia di bawah Op Murni bagi menyokong operasi menghadapi Monsun Timur Laut," katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah membentangkan laporan berkaitan situasi semasa dalam mesyuarat Kabinet.
Beliau menegaskan fasa awal monsun kali ini memerlukan langkah menyeluruh kerana negara turut berdepan fenomena La Nina yang meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh.
"Setakat ini, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah mengenal pasti lebih 3,682 kawasan berisiko banjir yang menjadi fokus kesiapsiagaan menghadapi bencana.
"Selain itu juga, Jabatan Mineral dan Galian telah mengenal pasti 254 cerun kritikal, manakala 1,768 stesen hidrologi telah disediakan untuk pemantauan berterusan," katanya.
Fahmi juga berkata, sebanyak 614 siren amaran banjir telah bersedia diaktifkan, selain 285 rumah pam telah disiapkan. Katanya, jumlah pam bergerak turut ditambah bagi memastikan persiapan optimum.
Beliau berkata, empangan kritikal juga telah dikenal pasti, di mana sebarang limpahan atau paras air melebihi tahap selamat akan diurus melalui tindakan intervensi untuk melindungi penduduk sekitar.
Dalam aspek komunikasi ketika bencana, beliau berkata penambahbaikan rangkaian telekomunikasi sedang dilaksanakan, termasuk mengalihkan peralatan kritikal ke tempat lebih tinggi bagi mengelak kerosakan akibat banjir.
"Pusat pemindahan sementara akan dilengkapi dengan Starlink atau Wi-Fi sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan telekomunikasi, supaya penduduk masih mempunyai akses internet.
"Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan hujan lebat berterusan akan berlaku di beberapa kawasan sepanjang tempoh monsun yang dijangka berterusan sehingga Mac 2026," katanya.
Ringkasan AI
- ATM dan agensi lain diaktifkan penuh susulan Monsun Timur Laut; Menteri Pertahanan sedia gerakkan misi bantuan banjir.
- Jabatan Pengaliran dan Saliran kenal pasti 3,682 kawasan berisiko banjir, 614 siren amaran banjir bersedia diaktifkan, dan pemantauan stesen hidrologi diperluas.
- Empangan kritikal dikenal pasti, penambahbaikan rangkaian telekomunikasi dilaksanakan, dan ramalan MetMalaysia jangka hujan lebat sehingga Mac 2026.