MALAYSIA
Malaysia buka semula kedutaan di Iran - Mohamad
Mohamad bercakap pada sidang media selepas menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 di New York, 27 Sept 2025. --fotoBERNAMA
NEW YORK: Kedutaan Malaysia di Iran yang ditutup sementara susulan konflik melibatkan negara itu dan Israel pada Jun lepas, kini kembali beroperasi seperti biasa, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata Duta Besar Malaysia ke Iran Khairi Omar, juga telah kembali bertugas di Tehran selepas pulang ke tanah air seketika melalui penerbangan dari Ashgabat, Turkmenistan ketika konflik berlaku.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tarikh sebenar kedutaan itu kembali dibuka dan beroperasi.
"Penutupan sementara (kedutaan) itu telah pun selesai. Duta Besar kita sudah kembali ke Tehran dan operasi berjalan seperti biasa. Kita berharap tiada lagi konflik berlaku.
"Sekiranya berlaku ketidaktentuan di Asia Barat, kesannya bukan sahaja dirasai di Asia Tengah, malah seluruh dunia termasuk Malaysia turut menerima tempiasnya walaupun berada jauh," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025 di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai status terkini Kedutaan Malaysia di Iran yang ditutup sementara susulan ketegangan memuncak antara negara itu dan Israel selepas serangan udara tanpa provokasi rejim Zionis ke atas wilayah republik berkenaan pada Jun.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel.
Ekoran itu, Kementerian Luar mengambil keputusan membawa pulang rakyat Malaysia termasuk Duta Besar, kakitangan kedutaan dan keluarga mereka ke tanah air melalui penerbangan melibatkan laluan Ashgabat, Turkmenistan ke Bangkok, Thailand sebelum kembali ke Malaysia.
Untuk rekod, Malaysia menubuhkan Kedutaan di Tehran pada 1970, manakala Iran membuka Kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1981.
-- BERNAMA