MALAYSIA
Malaysia bukan markas Hamas, sokongan terhadap Palestin atas nilai kemanusiaan - KPN
Mohd Khalid menegaskan bahawa sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin adalah berlandaskan nilai agama dan kemanusiaan, dan tidak wajar ditafsir sebagai penglibatan dengan kumpulan tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan bekas penganalisis kewangan keganasan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer, yang mendakwa Malaysia dijadikan pangkalan kepimpinan Hamas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, menegaskan bahawa sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin adalah berlandaskan nilai agama dan kemanusiaan, dan tidak wajar ditafsir sebagai penglibatan dengan kumpulan tersebut.
"Perjuangan yang berlaku di Palestin itu adalah begitu dekat di hati rakyat Malaysia. Kita sering memberikan bantuan berterusan kepada Palestin. Pada pandangan saya, mungkin keprihatinan rakyat ini disalah erti oleh pihak tertentu.
"Apapun, kita mempunyai hubungan baik dengan Amerika dan negara-negara berkaitan serta sentiasa berkongsi maklumat melalui friendly services (kerjasama operasi keselamatan)," katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Menurut beliau, Malaysia mempunyai rekod kerjasama erat dengan pelbagai negara dalam aspek keselamatan termasuk perkongsian maklumat risikan.
Malah, hubungan baik dengan AS dan rakan antarabangsa lain menjadi bukti bahawa tuduhan tersebut tidak berasas.
"Isu Palestin sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia dan kerajaan sering menyalurkan bantuan kemanusiaan melalui saluran sah, sama ada dalam bentuk kewangan, pendidikan atau perubatan.
"Namun begitu, sokongan itu tidak bermakna Malaysia menjadi medan operasi bagi mana-mana kumpulan," katanya.
Sementara itu, Khalid turut menegaskan kawalan keselamatan negara berada dalam keadaan baik hasil kerjasama PDRM bersama agensi-agensi utama seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
"Kita akan sentiasa berhubung di antara satu sama lain berkongsi maklumat dan tindakan bersama dalam menangani isu-isu yang berdekatan dengan sempadan malah negara-negara jiran juga memberikan kerjasama yang baik dan sempurna," katanya.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Negara menolak dakwaan bekas penganalisis kewangan AS bahawa Malaysia menjadi pangkalan kepimpinan Hamas, dan menegaskan sokongan rakyat Malaysia terhadap Palestin adalah berlandaskan nilai agama dan kemanusiaan, bukan penglibatan dengan kumpulan tersebut.
- Malaysia mempunyai rekod kerjasama keselamatan yang baik dengan Amerika Syarikat dan negara lain, termasuk perkongsian maklumat risikan melalui saluran rasmi dan operasi bersama.
- PDRM bersama agensi seperti Imigresen, Kastam dan AKPS sentiasa memastikan kawalan keselamatan negara berada dalam keadaan baik, dengan kerjasama erat daripada negara jiran.