JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan bahawa Malaysia merupakan negara pengeksport dan pengeluar dadah berikutan jumlah makmal pemprosesan yang berjaya dibongkar setakat ini adalah kecil.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tidak sampai 20 makmal dadah berjaya dibongkar tahun lepas yang hanya memproses dadah untuk skala kecil.
"Tahun lepas, tangkapan (bongkar) makmal tidak sampai 20 dan makmal-makmal kita ialah makmal kecil, yang mana bahan boleh dapat dari kilang iaitu bahan yang terhad dan terlarang atau berdaftar, baharu boleh beli, ini yang diambil untuk membuat dadah.
"Jadi kalau kita cakap seolah-olah kita negara pembuat dadah, saya tidak setuju pasal makmal yang kita tangkap (bongkar) ini pun, kadang-kadang dalam masa enam bulan kita telah berjaya tangkap dan jumlah (dadah) yang dibuat memang kita tahu sangat sedikit dan untuk kegunaan tempatan sahaja," katanya pada sidang media selepas Majlis Penerimaan Rasmi Police Strike Craft Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Pasukan Polis Marin (PPM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Johor CP M Kumar dan Komander PPM SAC Norzaid Mohamad Said.
Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia merupakan negara pengeksport dadah.
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya tidak menolak bahawa negara ini menjadi hab transit pengedaran dadah dengan bekalan dipercayai diperolehi daripada kawasan segi tiga emas iaitu sempadan Thailand, Laos dan Myanmar sebelum diedarkan ke negara seperti Australia dan New Zealand.
"Saya tidak tolak bahawa negara kita dijadikan sebagai hab (transit) dan ia datang daripada segi tiga emas dan barang ini sampai ke sempadan Thailand, masuk daripada selatan Kedah, Perlis sampai ke Kuala Lumpur, Johor atau Selangor dan ada juga pengedar yang edar dadah ini ke Australia, New Zealand.
'...itu saya mengaku, pasal itu memang berlaku tetapi kita sebagai pengeksport dan seolah-olah kita ini pengeluar dadah, tidak sama sekali, itu bukan kita," katanya.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap kartel dadah atau anggotanya serta mana-mana penjawat awam yang terlibat dengan pengedaran bahan terlarang itu.
Menjawab soalan pemberita, Razarudin berkata dadah jenis fentanyl belum memasuki pasaran negara dan menegaskan bahawa pihaknya giat membanteras aktiviti pengedaran bagi mencegah negara ini daripada menjadi lambakan sebarang jenis dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Razarudin berkata tidak sampai 20 makmal dadah berjaya dibongkar tahun lepas yang hanya memproses dadah untuk skala kecil. - Gambar fail/Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.