MALAYSIA
Malaysia cadang Thailand, Kemboja guna Jawatankuasa Am Sempadan selesaikan konflik
Mohamad menjawab pertanyaan media selepas beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut Gong Kemuntong hari ini. - Foto Bernama
JERTIH: Malaysia mencadangkan supaya Thailand dan Kemboja menggunakan Jawatankuasa Am Sempadan sebagai mekanisme menyelesaikan pertelingkahan diplomatik antara kedua-dua negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ringkasan AI
Beliau berkata Jawatankuasa Am Sempadan itu perlu berunding terlebih dahulu dan pemimpin kedua-dua negara harus menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa berkenaan.
"Hal ini kerana masing-masing (Thailand dan Kemboja) mahu supaya pihak yang memulakan meminta maaf terlebih dahulu, jadi saya cadangkan supaya mereka menggunakan mekanisme Jawatankuasa Am Sempadan.
"Masing-masing tidak mahu (minta maaf) dahulu ... itu cadangan saya dan saya akan terus beri cadangan. Masing-masing mempunyai kekuatan dan mereka tidak mahu mengalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di Kampung Gong Kemuntong, dekat sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata beliau telah dan akan sentiasa berhubung dengan rakan sejawatnya, iaitu Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn bagi meminta perbalahan itu dihentikan.
"Saya minta mereka stand down supaya genjatan senjatan diadakan secepat mungkin kerana kedua-dua negara bersahabat, berjiran dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang lama. Perlu sama-sama mencari cara penyelesaian melalui dialog dan saluran diplomatik.
"Jadi, insya-Allah saya akan cuba berhubung lagi dengan mereka (rakan sejawat) dan dengan rakan-rakan yang banyak di situ (di Thailand dan Kemboja) yang ada pengaruh," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Wisma Putra telah pun mengeluarkan larangan supaya rakyat Malaysia di kedua-dua negara terbabit tidak pergi atau mendekati kawasan yang sedang bergolak.
Katanya, pejabat kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand dan di Phnom Penh, Kemboja juga sentiasa membuka talian agar rakyat Malaysia dapat melaporkan sekiranya mempunyai masalah termasuk berkaitan konflik itu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa tentera Thailand dan Kemboja bertempur pada Khamis lepas di kawasan pertikaian sempadan bersama, dengan kedua-dua pihak saling menuding jari mengenai pihak yang dianggap sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.
Ketegangan antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu meningkat sejak 28 Mei susulan insiden berdarah di kawasan Preah Vihear yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
Kedua-dua negara telah berselisih pendapat mengenai isu sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad, dan pertikaian ini terus menjejaskan hubungan diplomatik mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah menghubungi Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai pada Khamis bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan yang berlaku.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia mencadangkan Thailand dan Kemboja menggunakan mekanisme Jawatankuasa Am Sempadan bagi menyelesaikan pertikaian diplomatik, susulan keengganan kedua-dua pihak untuk memohon maaf terlebih dahulu dalam konflik sempadan yang berlarutan.
- Menteri Luar Mohamad Hasan terus berhubung dengan rakan sejawat dari Thailand dan Kemboja bagi menggesa gencatan senjata segera, sambil menekankan pentingnya dialog dan saluran diplomatik antara negara berjiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan lama.
- Wisma Putra telah mengeluarkan larangan kepada rakyat Malaysia agar tidak mendekati kawasan bergolak, manakala pejabat kedutaan di Bangkok dan Phnom Penh sentiasa bersedia membantu rakyat yang terkesan dengan konflik sempadan yang berpunca dari insiden di Preah Vihear.