awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-China bincang secara mendalam perjanjian pengecualian visa

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2025
05:31 MYT
Malaysia-China bincang secara mendalam perjanjian pengecualian visa
Malaysia-China membincangkan secara mendalam mengenai pemeteraian rasmi perjanjian pengecualian visa dan percaya usaha ini akan memudahkan pertukaran dua hala dalam beberapa sektor.- BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia-China membincangkan secara mendalam mengenai pemeteraian rasmi perjanjian pengecualian visa dan percaya usaha ini akan memudahkan pertukaran dua hala dalam beberapa sektor.
Dalam satu kenyataan bersama, kedua negara akan terus memperkukuh kerjasama pertukaran dalam bidang pendidikan, pelancongan budaya dan sukan, serta persefahaman dan persahabatan antara rakyat terutama dalam kalangan generasi muda.
Tambah kenyataan mereka, kedua-dua pihak akan memudahcara Pelan Pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Budaya Dua Hala (2024-2029) bagi melaksanakan aktiviti pertukaran budaya dalam pelbagai bentuk dan pengisian yang bermakna.
Ini termasuk memperkukuh kerjasama dalam industri filem dan animasi yang mana Malaysia akan memudahcara usaha Pusat Budaya China di Kuala Lumpur, Malaysia untuk terus mempromosikan pertukaran budaya antara kedua negara.
Sementara itu, Malaysia China berbesar hati melihat panda di Malaysia disambut mesra oleh rakyat Malaysia sekali gus menjadi simbol penting persahabatan antara dua negara.
Tambah kenyataan lagi, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus menjalankan kerjasama dalam penyelidikan mengenai perlindungan panda dan berharap mencapai lebih banyak kemajuan dalam bidang ini.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#China
#Visa
#pengecualian visa
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan