NATIONAL
Malaysia, China seru perjanjian gencatan senjata secara kekal di Gaza
Xi Jinping (kiri) menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas layanan mesra yang telah diberikan sepanjang lawatan negara beliau selama tiga hari di Malaysia. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia dan China menyeru semua pihak berkepentingan agar melaksanakan perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan matlamat memastikan ia berlangsung secara kekal.
Ringkasan AI
- Malaysia dan China menyeru semua pihak berkepentingan agar melaksanakan perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan matlamat memastikan ia berlangsung secara kekal.
- Kedua-dua negara menegaskan bahawa Gaza adalah milik rakyat Palestin dan menyeru kemerdekaan Palestin berdasarkan penyelesaian dua negara serta keahlian penuh Palestin dalam PBB.
- Malaysia dan China menandatangani beberapa dokumen kerjasama dalam pelbagai bidang untuk mengukuhkan lagi kerjasama secara menyeluruh.
Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, kedua-dua pihak menegaskan bahawa Gaza adalah milik rakyat Palestin dan merupakan sebahagian wilayah Palestin yang tidak boleh dinafikan.
Kedua-dua pihak menegaskan bahawa rakyat Palestin mentadbir negara mereka adalah prinsip penting yang mesti diperjuangkan dalam pentadbiran pascakonflik Gaza termasuk menentang memaksa pemindahan rakyat Gaza.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak menyeru kemerdekaan Palestin berdasarkan penyelesaian dua negara dan keahlian penuh Palestin dalam PBB.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pihak turut menandatangani beberapa dokumen kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dalam perkhidmatan, kereta api, pertanian, budaya dan pelancongan, dan media untuk mengukuhkan lagi kerjasama secara menyeluruh.
Presiden Xi Jinping turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas layanan mesra dan menjemput pemimpin Malaysia untuk melawat China pada masa yang sesuai bersama.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwari Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi Jinping atas jemputan tersebut dan menerima jemputan itu dengan senang hati.