awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dalam proses hubungi OIC, UNSC berkaitan Palestin - Saifuddin

Bernama
Bernama
18/04/2022
11:01 MYT
Malaysia dalam proses hubungi OIC, UNSC berkaitan Palestin - Saifuddin
Insiden kekasaran pihak berkuasa Israel terhadap umat Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa mencetus kemarahan umat Islam sedunia. - AP
PUTRAJAYA: Malaysia dalam proses menghubungi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya tindakan dapat diambil bagi menghentikan insiden kekasaran pihak berkuasa Israel terhadap umat Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, tindakan zalim itu perlu dihentikan supaya ia tidak berlarutan sehingga boleh membawa kepada kejadian serangan udara ke atas Gaza seperti yang berlaku pada Mei 2021.
"Jika berlarutan akan jadi macam tahun lalu, lebih ramai yang akan terkorban, cedera dan ia tidak akan membantu keamanan di sana," katanya pada sidang media selepas mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, di sini, hari ini.
Saifuddin berkata beliau juga sudah menghubungi Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Ismail Haniyeh dan Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki berhubung insiden berkenaan.
"Kedua-dua pemimpin Palestin itu juga menyatakan mereka tidak mahu ia berpanjangan, mereka mahu supaya (insiden kekerasan) ini dihentikan segera," katanya.
Pada Jumaat lepas, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel yang menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.
Susulan itu, rakyat Palestin mengadakan protes dan menyeru negara Islam melindungi Al-Aqsa. Beberapa serangan susulan juga dilaporkan berlaku di perkarangan masjid berkenaan selepas itu.
Keganasan pihak berkuasa Israel ini menimbulkan kebimbangan berulangnya tragedi serangan udara ke atas Gaza pada 10 hingga 21 Mei 2021 yang menyebabkan lebih 250 rakyat Palestin terbunuh dan 1,900 lagi cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Saifuddin Abdullah
#oic
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan