awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan Indonesia sedia wujudkan kawasan pembangunan bersama perikanan

Bernama
Bernama
09/12/2019
14:09 MYT
Malaysia dan Indonesia sedia wujudkan kawasan pembangunan bersama perikanan
Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersama Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Edhy Prabowo.
Malaysia dan Indonesia pada asasnya bersetuju untuk mewujudkan kawasan pembangunan bersama industri perikanan di kawasan pertindihan perairan kedua-dua negara.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kawasan pertindihan perairan itu sering menjadi isu berkaitan dakwaan pencerobohan nelayan serta isu berkaitan perikanan dan laut.
"Konsep 'joint development area' (atau) kawasan pembangunan bersama industri perikanan pada asasnya dipersetujui (Edhy Prabowo) bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan yang berlaku di kawasan itu," katanya kepada pemberita dalam program lawatan kerjanya ke Indonesia hari ini.
Muhyiddin sebelum itu mengadakan pertemuan membincangkan isu berkaitan bersama Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Edhy Prabowo di sini.
Beliau berkata, kedua-dua negara juga bakal memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) berkaitan isu itu yang pernah ditandatangani pada tahun 2012, untuk diperbaharui semula MoU itu pada tahun hadapan.
Muhyiddin menegaskan isu-isu berkaitan dakwaan nelayan menceroboh perlu ditangani dengan lebih efisyen bagi menjaga hubungan baik kedua-dua negara.
Edhy Prabowo yang baharu dilantik menganggotai kabinet Presiden Indonesia Joko Widodo bagi penggal 2019-2024, sebelum ini menegaskan Indonesia tidak lagi mengambil tindakan menenggelam atau membakar bot nelayan asing yang ditahan atas dakwaan menceroboh.
Mengulas polisi baharu Indonesia itu, Muhyiddin berkata ia satu perkembangan positif dalam mengukuhkan jalinan hubungan baik antara kerajaan kedua-dua negara dan hubungan baik antara semua pihak melibatkan kedua-dua negara.
Bot atau kapal nelayan yang ditahan atas dakwaan menceroboh kawasan perairan sentiasa menjadi isu di Malaysia, dan dilaporkan sejak 2018 sahaja 23 bot dan kapal nelayan milik Malaysia ditahan atas dakwaan menceroboh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Edhy Prabowo
#Indonesia
#industri perikanan
#joint development area
#kawasan pembangunan bersama
#Malaysia
#Menteri Dalam Negeri
#Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan