awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan Iran sepakat tingkatkan hubungan dua hala - PM Anwar

Bernama
Bernama
23/08/2023
13:58 MYT
Malaysia dan Iran sepakat tingkatkan hubungan dua hala - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dicapai melalui perbualan telefon antara beliau dan Presiden Iran Presiden Seyyed Ebrahim Raisi semalam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Iran senada dan sepakat meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dicapai melalui perbualan telefon antara beliau dan Presiden Iran Presiden Seyyed Ebrahim Raisi semalam, sejurus tamat kunjungan hormat Menteri Luar Datuk Seri Dr Zamby Abdul Kadir ke atas presiden itu.
"Kami berdua turut bersetuju supaya dua jawatankuasa bersama sedia ada iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan Suruhanjaya Ekonomi Bersama mengadakan pertemuan dengan kadar segera bagi menghalusi kesemua potensi skop kerjasama antara kedua-dua negara untuk kebaikan bersama," kata Anwar menerusi hantaran di akaun Facebook beliau, hari ini.
Dalam satu kenyataan, Zambry yang mengadakan lawatan rasmi ke Iran selama empat hari dan berakhir hari ini berkata ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Seyyed Ebrahim, Presiden Iran itu menyambut baik langkah Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Iran.
Menurut Zambry, antara lain, lawatan beliau ke negara itu bertujuan mengembangkan lagi akses pasaran eksport komoditi dan produk buatan Malaysia ke negara-negara anggota Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan Malaysia-Iran
#Hubungan dua hala
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Presiden Iran Presiden Seyyed Ebrahim Raisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan