ANKARA: Para pegawai Malaysia dan Turkiye daripada sektor awam mahupun swasta pada Khamis menandatangani tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang untuk terus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya, Presiden Recep Tayyip Erdogan menyaksikan majlis menandatangani MoU itu di Istana Presiden di sini yang merintis jalan kepada kerjasama dan perkongsian pengetahuan dalam bidang sains, pertahanan, teknologi serta akademik.
Kesemua MOU ditandatangani sempena lawatan rasmi Ismail Sabri yang tiba di republik itu pada Selasa.
Antara pihak yang menandatangani MoU ialah Kementerian Kesihatan kedua-dua negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Direktorat Komunikasi Turkiye; Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dengan Institusi Penyelidikan Saintifik dan Teknologi Turkiye (Tubitak).
MIGHT turut menandatangani MOU dengan Turkish Aerospace Industries (TAI) disusuli SilTerra Malaysia Sdn Bhd dengan TUYAR Mikroelektronik AS; MA Analytics Sdn Bhd dengan Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) dan NS corporation with TAI.
TAI dan MIGHT menjalin kerjasama untuk memudah cara pemindahan teknologi aeroangkasa yang relevan, ilmu dan pengetahuan kepada Malaysia, dengan meraih manfaat daripada Turkiye serta TAI, yang memiliki pengalaman 50 tahun dalam industri aeroangkasa.
Pemindahan teknologi itu akan membantu Malaysia berhijrah daripada aktiviti Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) kepada kapasiti pengeluaran penuh ke arah menjadikan Malaysia negara Pengilang Peralatan Asal (OEM) dengan mencontohi poses evolusi teknologi yang berjaya ditempuhi Turkiye.
Dalam bidang serupa, TAI dan NS Corporation akan menjalin kerjasama bagi pembangunan Lembah Aeroangkasa NS (NSAV) serta Lembah Kenderaan Tanpa Pemandu (UVV) di Negeri Sembilan.
UVV akan menempatkan kilang pembuatan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV), Kenderaan Permukaan Tanpa Pemandu (USV), Kenderaan Dalam Air Tanpa Pemandu (UUV) dan Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ketika mengadakan sidang media di Kompleks Presiden hari ini. - Foto BERNAMA
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.