awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia derma RM50,000 kepada Yayasan Pusat Islam Thailand

Bernama
Bernama
18/04/2023
22:15 MYT
Malaysia derma RM50,000 kepada Yayasan Pusat Islam Thailand
Jojie (tiga, kanan) menyerahkan sumbangan derma kepada Dr Jaran (empat, kiri) di Pusat Islam Thailand, Bangkok, 18 April 2023. Turut hadir, Bong (dua, kanan) dan Megat Farez (kanan). --fotoBERNAMA
BANGKOK: Malaysia menderma RM50,000 kepada Yayasan Pusat Islam Thailand bagi menyokong pembangunan masyarakat Islam di Thailand.
Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel menyerahkan sumbangan bagi pihak kerajaan kepada Naib Presiden Yayasan Pusat Islam Thailand, Profesor Dr Jaran Maluleem di pusat itu semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Malaysia di Bangkok, Bong Yik Jui dan Menteri Kaunselor, Megat Farez Zuhairin.
Dr Jaran merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sumbangan yang diberikan kepada Yayasan Pusat Islam Thailand.
"Kami mencadangkan untuk menggunakan sumbangan bagi tujuan pendidikan, seperti mewujudkan program membantu kanak-kanak Islam yang kurang bernasib baik dalam pembelajaran.
"Kami akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan cara terbaik menggunakan sumbangan itu dalam memartabatkan masyarakat Islam," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Jojie melahirkan harapan agar sumbangan itu dapat meningkatkan kerja-kerja yayasan dan pusat itu.
Pada Februari tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Thailand, menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yayasan Pusat Islam Thailand
#masyarakat Islam di Thailand
#jojie samuel
#sumbangan derma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan