MALAYSIA

Malaysia desak penyelesaian menyeluruh isu Palestin, tolak kezaliman Israel - PM Anwar

Bernama 07/12/2025 | 07:18 MYT
Malaysia menegaskan pendirian keadilan sejagat dalam penyelesaian konflik Palestin, termasuk pengiktirafan hak rakyat dan penentangan penjajahan Israel. -Foto Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia menegaskan pendirian bahawa penyelesaian sebenar terhadap konflik Palestin mesti bersifat menyeluruh dan berasaskan keadilan sejagat, dengan mengiktiraf hak rakyat Palestin serta menghentikan kezaliman dan penjajahan oleh rejim Israel.


Ringkasan AI
  • Malaysia menegaskan pendirian keadilan sejagat dalam penyelesaian konflik Palestin, termasuk pengiktirafan hak rakyat dan penentangan penjajahan Israel.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbincang dengan PM Qatar mengenai usaha perdamaian Asia Barat serta penekanan terhadap isu kezaliman Israel.
  • Presiden Mesir menawarkan Malaysia sebagai pengerusi sidang khas untuk pemulihan Gaza, menunjukkan sokongan antarabangsa terhadap penyelesaian konflik.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian menerusi perbualan telefon bersama Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani semalam, yang memaklumkan perkembangan terkini mengenai usaha perdamaian Asia Barat.

"Perdana Menteri Qatar maklumkan bahawa walaupun pendekatan perdamaian dipelopori Presiden Trump (Donald Trump) disambut baik oleh negara-negara Islam, mereka masih musykil kerana pelanggaran oleh Israel berterusan.

"Kita akan menyuarakan dengan tegas dan berani bahawa penyelesaian mesti dengan mengiktiraf hak rakyat Palestin dan Gaza, dan menghentikan kezaliman, penaklukan dan penjajahan oleh rejim Israel," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, di sini, hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi telah menghubungi beliau bagi menyatakan kesediaan negara itu menganjurkan satu sidang khas bagi pemulihan Gaza dan menjemput Malaysia sebagai pengerusi bersama sidang berkenaan.

"Kita sedang bekerjasama dan meneliti kebijaksanaan acara program itu kerana tanggungjawab dari segi keadilan sejagat itu harus kita sempurnakan," katanya.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pendirian Malaysia terhadap penyelesaian konflik Palestin berdasarkan perbualan telefon antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan PM Qatar?
    A: Malaysia menegaskan keperluan penyelesaian yang adil dan menyeluruh, termasuk pengiktirafan hak rakyat Palestin dan penentangan terhadap penjajahan Israel.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri Qatar dan Perdana Menteri Malaysia dalam menangani isu pelanggaran yang berterusan oleh Israel?
    A: Perdana Menteri Qatar dan Malaysia menekankan perlunya menghentikan kezaliman dan penjajahan Israel serta mendukung penyelesaian berdasarkan keadilan sejagat.
  • Q: Mengapa Malaysia diundang sebagai pengerusi sidang khas untuk pemulihan Gaza oleh Presiden Mesir?
    A: Presiden Mesir menawarkan Malaysia sebagai pengerusi sidang khas bagi pemulihan Gaza kerana Malaysia dipercayai dapat menyumbang kepada usaha pemulihan dan keadilan sejagat dalam konflik tersebut.



#Anwar Ibrahim #Konflik Palestin #Gaza #keadilan sejagat