KUALA LUMPUR:Malaysia di kedudukan kedua dalam kalangan negara-negara Asia Pasifik dan ke-16 daripada 169 negara untuk hubungan global berdasarkan aliran perdagangan antarabangsa, modal, maklumat dan orang ramai, menurut DHL Global Connectedness Index (GCI) 2020.
Negara juga bersama dengan Kemboja, Singapura, Vietnam dan Belanda sebagai antara yang mencatatkan prestasi yang baik dari segi aliran antarabangsa berdasarkan kekuatan ekonomi, saiz dan lokasi.
"Malaysia dapat memberikan kualiti yang baik dengan pertumbuhan sebanyak 20 hingga 30 peratus sebahagian besarnya didorong oleh e-dagang dan prospek yang dijangka positif selain menjadi antara negara yang pesat berkembang," kata Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express John Pearson pada sidang media secara maya hari ini.
Menurut laporan itu, Malaysia mendahului rakan-rakannya dari segi hubungan global yang melebihi jangkaan.
Katanya negara-negara Asia Tenggara mendapat manfaat daripada hubungan dengan rangkaian rantaian bekalan Asia yang lebih luas dan inisiatif dasar ASEAN yang menggalakkan integrasi ekonomi serantau.
Di peringkat global, katanya unjuran semasa menunjukkan indeks akan merosot dengan ketara pada 2020 berikutan impak daripada COVID-19 ke atas masyarakat seperti pintu sempadan ditutup, sekatan perjalanan dan pesawat penumpang yang tidak melakukan penerbangan selepas kukuh pada 2019.
"Bagaimanapun, pandemik dijangka tidak menyebabkan tahap hubungan dunia secara keseluruhan di bawah paras semasa krisis kewangan global 2008 dan 2009.
"Aliran perdagangan dan modal mula pulih serta aliran data antarabangsa melonjak semasa pandemik berikutan 'in-person contact' memasuki dunia dalam talian, meningkatkan trafik internet antarabangsa, panggilan telefon dan e-dagang," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian Neo berkata Malaysia telah mendapat manfaat daripada globalisasi yang meningkatkan daya saing ekonomi dan menjadikan negara sebagai tapak pembuatan utama untuk jenama global.
"Walaupun pandemik telah menyekat pergerakan dan menjejaskan perniagaan, ia turut memberi banyak peluang dan membuka pintu kepada perdagangan rentas sempadan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020

Malaysia di kedudukan kedua dalam kalangan negara-negara Asia Pasifik dan ke-16 daripada 169 negara untuk hubungan global berdasarkan aliran perdagangan antarabangsa, modal, maklumat dan orang ramai. - Gambar fail

Kereta Ferrari 430 terbakar, mujur pemandu selamat
Kebakaran memusnahkan sehingga 80 peratus daripada fizikal kenderaan mewah berkenaan.

Siti Nurhaliza raih enam anugerah Joox, atasi Justin Bieber
Siapa kata artis Malaysia tidak dikenali di mata dunia? Jika ada yang masih mempunyai anggapan sedemikian, ternyata anda silap sama sekali!

Sektor IKS: Kerajaan disaran fokus pada isu membelenggu IKS pasca COVID-19
Penyampaian pakej stimulus yang kurang berkesan, ketidakseimbangan polisi pendigitalan dan automasi dengan realiti sebenar perniagaan, serta kerumitan penguatkuasaan, antara isu yang menjejaskan kemampanan industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Macau Scam | 11 suspek direman di bawah POCA
Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

PERMAI | RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Sebanyak RM150 juta lagi peruntukan tambahan disalurkan kepada Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Cerita Sebalik Berita: Cabaran kelangsungan PdPR guru pendidikan khas
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Bayaran BPN 2.0 | Ambil masa seminggu dikreditkan
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

Cerita Sebalik Berita: Proses penghantaran bekalan asas kepada Orang Asli
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

150,000 komputer riba diedar kepada pelajar bulan depan - Menteri Kewangan
Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan kepada bulan depan.

Tun Mahathir mahu saya letak jawatan kerana tentangan orang Melayu - Tommy Thomas
Pendedahan dibuat Tommy Thomas dalam buku terbaharunya, My Story: Justice in the Wilderness.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif - MIDA
Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif walaupun ketidaktentuan global, dengan sejumlah US$26.4 bilion (US$1 = RM4.04) pelaburan telah diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2020.

ADGMIN1 tekankan usaha perkukuh keselamatan siber - Saifuddin
Pengukuhan keselamatan siber juga merupakan satu daripada komponen penting dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025.

Pelan induk digital lima tahun ASEAN dilancar
ADGMIN1 muncul di saat sangat mencabar dan kritikal kerana ekosistem digital semakin penting dalam kehidupan masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN.

ADGMIN1 berakhir dengan penerimaan Pelan Induk Digital ASEAN 2025
Malaysia diberi penghormatan menyelaras pembangunan ADM 2025 dengan pelan yang menyenaraikan Lapan Matlamat Keberhasilan bagi memudahkan kerjasama serantau dalam pembangunan sektor digital di ASEAN.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Isu ancaman siber antara tumpuan hari pertama ADGMIN1
Tatacara pentadbiran serta kaedah perpindahan data antara negara ASEAN juga akan dirangka.

Dana Khas COVID-19 ASEAN perlu dipercepatkan bantu negara anggota - Hishamuddin
Malaysia mengambil pendirian bersama Brunei mendesak agar Dana Khas COVID-19 ASEAN dapat dipercepatkan sesegera mungkin.

Malaysia komited bantu ASEAN wujudkan ekosistem data yang selamat
Malaysia komited dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dalam mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN.

Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Perhebat usaha galak PKS ketengah platform e-dagang - Pakar ekonomi
Azharee berkata, perkara itu sebagai usaha menarik minat pemain PKS selain membantu memperluaskan pasaran perniagaan di luar negara.