KUALA LUMPUR : Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif menjelaskan, negara perlu memastikan polisi-polisi berkaitan yang digubal dilaksanakan secara berintegrasi melalui satu pelan tindakan.
"Kita telah ada dari segi governance (tadbir urus). Kalau dari segi tanah contohnya kita telah ada akta perancangan, polisi urbanisasi, polisi industri, pertanian dan sebagainya.
"Dari segi governance itu telah ada kerajaan tempatannya, nasionalnya, dan komunitinya. Apa yang saya nak tekankan adalah, walaupun kita ada landasan yang baik, namun kita perlu laksanakan polisi yang telah digubal ini secara integrated (bersepadu), padu, holistik, dan dibuatkan satu pelan tindakan," katanya semasa menjadi tetamu program Agenda AWANI pada Selasa.
BACA: Komitmen, sumbangan Astro AWANI terhadap kelestarian alam sekitar wajar dicontohi - UN-Habitat
Justeru, beliau melihat koordinasi perlu dilakukan bagi menggerakkan pelaksanaan polisi-polisi berkenaan dalam usaha mencapai pembangunan lestari.
"Tidak perlu lagi nak dibuat kajian sana, kajian sini. Kajian sudah ada. Kita kena laksanakan.
"Semasa saya memberi ucapan penutup semasa World Urban Forum baru-baru ini , saya kata kita sudah cukup dengan deklarasi dan resolusi.
"Namun, apa yang kita kurang ialah tindakan dan tindakan itu perlu dilakukan sekarang," tambah beliau.
Malah, katanya koordinasi berkenaan perlu dilakukan badan di kementerian bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara.
Selain itu, katanya, negara juga perlu berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai dasar yang telah digubal ke peringkat global.
"Dari segi perumahan contohnya, Malaysia mempunyai dasar perumahan yang negara lain tiada. Malaysia telah mempunyai dasar-dasar yang perlu dikongsi bersama termasuk aspek tanah yang dilihat terkehadapan dan perlu dibawa ke peringkat global untuk dikongsi bersama," ujarnya.
Selain itu, beliau mencadangkan agar kurikulum pendidikan negara diteliti semula berikutan perubahan era dunia ketika ini.
"Dari kesihatan pula, perlu dicantumkan dalam integrated and holistic planning. Ini adalah penting untuk mendapat impak yang positif dalam menyelesaikan isu perbandaran," ujarnya lagi.
Rahimah Abdullah
Tue Aug 09 2022
Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif menjelaskan, negara perlu memastikan polisi-polisi berkaitan yang digubal dilaksanakan secara berintegrasi melalui satu pelan tindakan.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengalaman hebat Maimunah mampu angkat imej DBKL - PM
Maimunah memiliki pengalaman hampir empat dekad dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti.
Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Apa yang kita tahu setakat ini?
Kejadian mencetuskan persoalan mengenai punca tanah runtuh berkenaan yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa.