awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di landasan betul dalam mencegah gejala rasuah - MCW

Bernama
Bernama
20/12/2022
07:43 MYT
Malaysia di landasan betul dalam mencegah gejala rasuah - MCW
Jais (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Pembangunan Rangkaian Antara Suruhanjaya dan Agensi Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Kartika Handaruningrum.- Foto BERNAMA
JAKARTA: Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencegah perbuatan korupsi bagi membentuk masyarakat bebas rasuah sepanjang lima tahun lalu, menurut Malaysia Corruption Watch (MCW).
Presidennya Jais Abdul Karim berkata pelbagai siasatan, tangkapan dan pendakwaan telah dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk mengekang kesalahan rasuah.
"Setakat lima tahun ini kami dapati bahawa Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia," katanya kepada media selepas melawat Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, di Jakarta Selatan hari ini.
Badan bukan kerajaan itu menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tindakan tegas terhadap pesalah rasuah demi memastikan Malaysia semakin dikenali sebagai negara yang berintegriti dan bermoral.
"Harapan MCW, kerajaan hari ini akan melakukan yang terbaik demi masa depan rakyat dan negara," kata Jais, sambil menambah pendekatan menghapuskan rasuah mengembalikan keyakinan pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.
Pengasas MCW itu juga berharap ahli politik tidak mengganggu-gugat siasatan SPRM sebaliknya memberi sokongan dan maklumat yang diperlukan berhubung kes-kes terkini.
Beliau percaya SPRM sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan siasatan segera diselesaikan supaya ahli politik boleh fokus kepada tugas mereka di Parlimen.
"Rakyat tidak mampu lagi untuk berdepan dengan politik sepanjang masa. Kita harus fokus kepada pembinaan negara. Kes rasuah melibatkan ahli politik perlu ditamatkan segera," katanya.
Jais berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan SPRM berhubung dana pengurusan COVID-19 berjumlah RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021.
Beliau dan 24 ahli terdiri daripada golongan profesional dan akademik tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan tiga hari sempena Hari Antirasuah Antarabangsa, setelah kali terakhir berkunjung pada 2017.
Selain bertemu dengan Indonesia Corruption Watch, mereka turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia, Adlan Mohd Shaffieq.
Lawatan itu bertujuan bertukar-tukar pandangan, belajar dan menilai program terkini yang dilaksanakan agensi membanteras rasuah di Indonesia untuk dikemukakan kepada SPRM dan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Corruption Watch
#Rasuah
#SPRM
#Jais Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan