KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa dengan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial, dan bantuan berterusan kerajaan untuk membantu industri dan perniagaan kembali beroperasi, Malaysia berada di landasan yang betul untuk pulih sepenuhnya.
Beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka tumbuh antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus tahun depan, disokong oleh peningkatan dalam perdagangan global, harga komoditi yang stabil dan peningkatan beransur-ansur dalam sentimen pengguna dan perniagaan, berikutan pembukaan dan pemulihan pesat selepas vaksinasi.
Bekas perdana menteri itu menegaskan pemulihan bukan sahaja bermaksud membawa negara kembali kepada kedudukan ekonomi dan sosial sebelum pandemik, tetapi juga mewujudkan pertumbuhan kukuh yang akan meletakkan Malaysia kembali di landasan mencapai status negara maju.
"Pada masa yang sama, kita juga mesti terus menambah baik sistem kesihatan dan infrastruktur digital untuk membantu negara menguruskan situasi pandemik yang sama dengan lebih baik pada masa hadapan tanpa kesan serius terhadap kehidupan dan mata pencarian rakyat," katanya semasa berucap pada Program Kepimpinan Perkhidmatan Awam Singapura ke-13.
Muhyiddin menyebut kemiskinan akan menjadi satu lagi masalah utama yang perlu ditangani segera kerajaan Malaysia berikutan ramai daripada kalangan M40 dan B40 mengalami penurunan ketara dalam pendapatan isi rumah.
Dalam hal itu, beliau berharap kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2020-2030, bertujuan menyediakan taraf hidup yang baik untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, lokasi wilayah dan status sosial.
Mengenai perkhidmatan awam, Muhyiddin berkata adalah penting bagi penggubal dasar untuk bertindak berpandukan nasihat sewajarnya daripada penjawat awam yang menjadi penjaga dasar-dasar itu.
"Apabila kita menggunakan kuasa dan tanggungjawab kita sebagai menteri dan perdana menteri, kita mesti pastikan ia selaras dengan dasar yang kita sendiri buat.
"Jadi, kita mesti merujuk kepada penjawat awam sebagai penjaga dasar-dasar itu untuk mendapatkan nasihat mereka sama ada kita, dalam melaksana kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita, berbuat demikian mengikut dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini," jelas beliau.
Muhyiddin berkata ia satu prinsip utama yang perlu dipatuhi oleh semua ahli politik yang telah diberi tanggungajawab dan kuasa mentadbir kerajaan, dan menambah kata bahawa setiap orang terikat dengan undang-undang, peraturan dan perundangan, tanpa mengira betapa berkuasanya mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Muhyiddin yakin bahawa dengan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial, dan bantuan berterusan kerajaan untuk membantu industri dan perniagaan kembali beroperasi, Malaysia berada di landasan yang betul untuk pulih sepenuhnya. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.