MALAYSIA
Malaysia di peringkat akhir sebelum laksana rasionalisasi subsidi RON95 – Amir Hamzah

Amir Hamzah berkata melalui proses tersebut, negara akan mempunyai kekuatan fiskal untuk menyampaikan subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia kini di peringkat akhir dalam perancangan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95, yang dijadualkan akan bermula pada pertengahan tahun ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan berada di fasa akhir perancangan rasionalisasi subsidi RON95, yang dijadual bermula pertengahan 2025, bertujuan mengekang ketirisan dan memastikan hanya golongan layak menerima manfaat.
- Pendekatan berhati-hati turut diambil dalam pelaksanaan semula SST, bagi mempelbagaikan pendapatan negara tanpa membebankan perusahaan kecil dan rakyat umum.
- Langkah ini sebahagian daripada reformasi fiskal negara, bagi memperkukuh kekuatan kewangan dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih saksama
Selain itu Amir Hamzah berkata, pendekatan yang berhati-hati juga diambil dalam melaksanakan Cukai Barangan dan Cukai Jualan (SST).
“Ia mempelbagaikan pendapatan negara, dan merupakan sebahagian daripada pengurusan perbelanjaan yang telus. Sebagai pulangan, ia juga membolehkan pelaburan yang meningkatkan pertumbuhan, yang akan menjana kelebihan ekonomi yang sama rata, dan kelebihan untuk semua kumpulan termasuk perniagaan dan orang awam.
“Selepas konsultasi yang meluas, serta pertimbangan yang berhati-hati terhadap maklumbalas, pelbagai usaha diambil untuk menambahbaik pelaksanaan SST bagi meminimakan impak terhadap SME dan populasi am,” jelasnya lagi.
Amir Hamzah berkata sedemikian sewaktu menyampaikan ucaptama sempena Invest ASEAN-Malaysia Conference 2025 anjuran bersama Bursa Malaysia dan Kumpulan Maybank, yang berlangsung di ibu negara selama tiga hari, bermula Selasa.
Dalam pada itu beliau berkata, terdapat beberapa lagi langkah reformasi yang sedang dalam perancangan, yang turut mampu untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, membina kredibiliti, serta menetapkan contoh tadbir urus yang baik.
“Ini termasuk Reformasi Institusi dan Kehakiman; Reformasi Fiskal dan Sektor Awam; Reformasi Perlindungan Sosial dan Keterangkuman; serta Transformasi Digital dan Inovasi.
“Ketidaktentuan yang berlaku di peringkat global, menjadikan reformasi lebih penting. Pengukuhan institusi, displin fiskal, dan pembangunan kapasiti yang berinovasi bakal memberi nilai tambah kepada pengembangan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan, yang mampu mengharungi gangguan global akan datang,” katanya lagi.
Dalam pada itu Amir Hamzah turut menyentuh mengenai dua dokumen pembangunan ekonomi dan kewangan negara yang penting, iaitu Belanjawan 2025 dan Rancangan Malaysia Ke-13.
“Dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi, Belanjawan 2026 dan RMK-13 akan dibentangkan di dalam Dewan Rakyat. Fokus kami agar ia menjadi pragmatik, berhemah, dan mampu memacu kesinambungan dalam kemajuan negara.
“Walaupun masih terlalu awal untuk saya kongsikan perincian, apa yang boleh saya katakan, ia akan menjadi satu lagi usaha kita untuk menjamin masa depan, dan mampu bertindak balas terhadap gangguan ekonomi, serta membina masyarakat yang lebih berekuiti dan adil,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami