MALAYSIA
Malaysia di persimpangan geopolitik penting - IDE Research Centre
Malaysia mesti kekal sebagai negara berkecuali yang bermaruah, bebas daripada penjajaran buta kepada mana-mana blok kuasa. - AP
KUALA LUMPUR: Malaysia berada di persimpangan geopolitik yang penting apabila kuasa besar dunia semakin berlumba-lumba mempengaruhi rantau Asia Tenggara, menurut laporan Southeast Asia Influence Index 2025 yang diterbitkan Institut Darul Ehsan (IDE) Research Centre.
Pengarah penyelidikannya Khairul Ariffin Mohd Munir berkata, meskipun tiada negara Asia Tenggara berada dalam lingkungan dominasi mutlak kuasa luar, China muncul sebagai kuasa paling berpengaruh di rantau ini manakala Amerika Syarikat dilihat tidak konsisten dalam dasar luar kebelakangan ini.
Beliau berkata, Jepun pula dikenal pasti sebagai rakan Indo-Pasifik paling stabil, khususnya dalam pelaburan, teknologi dan pembangunan mampan.
Selaras dengan perkembangan semasa, Malaysia perlu menyusun semula strategi dasar luar dan ekonomi antarabangsa selari dengan wawasan Malaysia MADANI bagi mengelakkan risiko kebergantungan tunggal kepada mana-mana kuasa, katanya.
Menurut beliau, antara langkah dicadangkan ialah strategi "China+X" dengan memperluas kerjasama ekonomi bersama India, Jepun, Asia Barat dan Afrika.
Selain itu, memperkukuh peranan ASEAN dalam bidang ekonomi digital, inovasi sosial serta pertahanan siber; menubuhkan Dashboard Pendedahan Pengaruh bagi memantau tahap kebergantungan Malaysia terhadap kuasa luar serta menggerakkan diplomasi rakyat dan pendidikan untuk membina pengaruh luar Malaysia.
"Malaysia memiliki peluang membina pendekatan baharu yang lebih matang dan berakar pada nilai - bukan tunduk, tetapi terbuka; bukan agresif, tetapi berprinsip," katanya dalam laporan itu.
Katanya kerjasama intra-ASEAN harus menjadi benteng utama dalam menghadapi tekanan geopolitik global manakala Malaysia digesa memainkan peranan lebih aktif dalam memimpin agenda keselamatan maritim, pembangunan lestari dan solidariti Islam serantau.
Khairul Arifin juga berkata sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan aktif dan berprinsip dalam mengemudi dasar luar negara.
"Beliau menegaskan Malaysia mesti kekal sebagai negara berkecuali yang bermaruah, bebas daripada penjajaran buta kepada mana-mana blok kuasa tetapi pada masa yang sama terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan rakyat dan rantau," katanya.
Khairul Arifin memberitahu, Anwar memanfaatkan pentas antarabangsa bagi memperteguh kepimpinan Malaysia dalam ASEAN termasuk mengetengahkan prinsip keadilan antarabangsa, hak asasi dan pembangunan terangkum.
"Ucapan beliau dalam Sidang Kemuncak ASEAN, Forum Ekonomi Dunia dan lawatan rasmi ke negara-negara kuasa besar seperti China, Turkiye, Jerman, Rusia, Qatar dan Jepun mencerminkan eksplorasi strategik Malaysia ke arah membina jaringan pelbagai hala yang seimbang.
"Pendekatan ini merupakan asas kepada falsafah Malaysia MADANI yang diasaskan beliau iaitu nilai, kebebasan dan perpaduan sebagai teras hubungan antarabangsa," katanya.
Southeast Asia Influence Index 20251 diterbitkan untuk menganalisis tahap dan dimensi pengaruh pelbagai kuasa terhadap negara-negara ASEAN.
Laporan berkenaan mendedahkan hakikat iaitu kuasa-kuasa besar sedang berusaha mempengaruhi Asia Tenggara dengan cara yang semakin kompleks.
-- BERNAMA