awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia digesa boikot Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2023
09:54 MYT
Malaysia digesa boikot Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt
Pihak penganjur juga membatalkan majlis penganugerahan untuk penulis Palestin, Adania Shibli dan buku tulisannya mengenai pembunuhan seorang gadis Palestin pada 1949 oleh askar Israel, berjudul Minor Detail. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia digesa memboikot penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) susulan sokongan terbuka yang diberikan mereka terhadap Israel.
Pengarahnya, Juergen Boos dalam laman sosial rasmi mereka menyebut tindakan Hamas terhadap Israel bertentangan dengan nilai yang dipertahankan acara itu.
"Frankfurter Buchmesse bersolidariti bersama-sama Israel," katanya.
Bukan itu sahaja, pihak penganjur juga membatalkan majlis penganugerahan untuk penulis Palestin, Adania Shibli dan buku tulisannya mengenai pembunuhan seorang gadis Palestin pada 1949 oleh askar Israel, berjudul Minor Detail.
Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menerusi laman sosial berkata, Malaysia harus mengambil pendekatan tegas terhadap pendirian penganjur.
"Pesta buku seharusnya neutral," katanya.
Penerbit Buku Fixi, dalam akaun rasmi di X menggesa beberapa agensi kerajaan untuk mempertimbangkan kembali keputusan itu.
Malaysia dilaporkan akan menghantar delegasi ke Frankfurter Buchmesse merangkumi penerbit, penulis dan ejen sastera. Ia dikendalikan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), agensi di bawah Kementerian Pendidikan.
Namun tiada kenyataan daripada MBKM berhubung isu itu setakat ini.
Topic Berkaitan
#Pesta Buku Frankfurt
#Palestin
#Israel
#Frankfurter Buchmesse
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan