KUALA LUMPUR: Malaysia yang sedang melakukan persiapan untuk mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, harus menyokong pendekatan yang lebih terbuka dan terangkum terhadap profesion guaman di rantau ini, kata seorang peguam khas yang berpangkalan di Auckland, New Zealand.
Dave Ananth daripada Peguam-peguam Stace Hammond yang berpangkalan di Auckland berkata dengan menghapuskan halangan dan memupuk kerjasama yang lebih luas dalam komuniti guaman, ASEAN boleh membuka laluan baharu untuk pertumbuhan, inovasi dan kerjasama.
"Gesaan untuk keterbukaan dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN menyediakan platform untuk masa depan yang lebih cerah dan makmur bagi rantau ini.
"Sebaik sahaja Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, ia sedia untuk memimpin rantau ini ke arah landskap guaman yang dinamik dan bersepadu di peringkat global dan memenuhi kepentingan semua negara anggota," katanya kepada Bernama ketika mengulas perubahan penting yang harus dibawa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Beliau berkata tumpuan utama inisiatif Malaysia seharusnya membuka sektor guaman untuk memudah cara firma asing memasuki pasaran ASEAN kerana memudah cara kemasukan firma asing boleh meningkatkan perdagangan dua hala dan memupuk kepakaran guaman rentas sempadan yang membawa manfaat kepada pengamal undang-undang tempatan dan asing.
Bagaimanapun, Dave yang juga Pengasas dan Presiden Persatuan Perniagaan New Zealand-Malaysia (NZMBA) sedia maklum dengan cabaran kekangan sedia ada ke atas peguam luar yang berkhidmat di Malaysia.
Beliau berkata kekangan yang berakar dalam bentuk kawal selia menyukarkan pertukaran kepakaran guaman dan menahan kemunculan ekosistem guaman yang dinamik dan bersepadu di peringkat global.
Dave juga menekankan penglibatan firma luar seharusnya melengkapkan bukannya menjejaskan kepakaran tempatan terutamanya dalam bidang khusus seperti perdagangan antarabangsa dan timbang tara.
Sebelum ini bekas Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay menyatakan hasratnya ingin melihat sektor guaman Malaysia dibuka kepada firma guaman dan peguam asing.
Beliau berkata pada masa ini peguam luar menghadapi kekangan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 yang memerlukan mereka menubuhkan perkongsian dengan firma tempatan untuk beroperasi di negara ini.
"Sektor guaman Malaysia kekal tertutup dan peluang untuk penyertaan pihak luar dalam sektor ini di Malaysia adalah terhad.
"Saya suka melihat sektor guaman Malaysia dibuka bukan sahaja untuk peguam British tetapi juga negara lain seperti New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat datang dan beroperasi di sini," katanya seperti yang dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Dave berkata tumpuan utama inisiatif Malaysia seharusnya membuka sektor guaman untuk memudah cara firma asing memasuki pasaran ASEAN.- Gambar fail/BERNAMA
Lebih 50 maut ketika perlawanan bola sepak
Kira-kira 100 orang terbunuh dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Guinea.
Puducherry banjir, hujan terburuk dalam tiga dekad
Siklon Fengal yang merentas sehingga ke pesisir selatan India pada Sabtu lalu mencetuskan banjir besar mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di India dan Sri Lanka. Menteri perkhidmatan awam Puducherry India, K. Lakshminarayanan berkata, kerajaan tempatan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas banjir.
Beberapa rumah, jalan digenangi air di Rhodes
Beberapa kawasan di pulau pelancongan terkenal Rhodes di Greece digenangi air selepas hujan lebat melanda daerah itu susulan Ribut Bora melanda negara itu untuk hari kedua.
Teknologi terkini mampu ramal risiko dua minggu awal
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi atau High Performance Computing (HPC) bagi melakukan ramalan cuaca.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Perkembangan banjir di Kedah
Lintas langsung situasi banjir di Kedah bersama wakil Astro AWANI, Abdul Hadi Che Awang.
Perkembangan banjir di Kelantan
Lintas langsung Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai perkembangan, tahap keselamatan dan operasi keselamatan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
[TERKINI] Polis tahan suami bekas model, Zahnita Wilson
Susualan pendedahan Zahnita Wilson di hantaran Instagramnya bahawa dia dibelasah sehingga mengalami lebam di wajahnya, polis menahan suami kepada bekas peragawati dan pelakon terkenal itu.
Sita akaun bank BERSATU dibuat ikut peruntukan undang-undang - SPRM
Penyitaan akaun bank milik Parti BERSATU dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya.
Penjarakan pesalah jika babit mangsa kanak-kanak
Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Kementerian Bangladesh digesa tangani hampir setengah juta jawatan kosong
Kerajaan arahkan semua kementerian, jabatan, pejabat bawahannya, agensi dan pejabat lapangan untuk menyerahkan laporan kemajuan.
Malaysia digesa perjuangkan keterangkuman dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN
Katanya, dengan menghapuskan halangan dan memupuk kerjasama yang lebih luas dalam komuniti guaman, ASEAN boleh membuka laluan baharu.