SINGAPURA: Trafik penumpang udara Malaysia tahun ini diunjurkan melonjak di antara 197 peratus dengan 347 peratus tahun ke tahun, mewakili 32.6 juta hingga 49 juta penumpang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata ini menunjukkan pemulihan 30 hingga 45 peratus daripada tahap trafik penumpang udara sebelum pandemik melanda pada 2019, katanya dalam kenyataan pembukaan semasa perbincangan panel bertajuk 'Reviving Aviation, Rebuilding Connections' di Sidang Kemuncak Penerbangan Changi (CAS) 2022.
Wee berada di sini atas jemputan kerajaan Singapura.
Beliau berkata mengenai trafik kargo udara bagi 2022, ia dijangkakan meningkat 3.9 hingga 6.7 peratus tahun ke tahun, yang menandakan 21.5 bilion hingga 22 bilion tan kargo setiap kilometer (FTK), disokong oleh kemajuan program vaksinasi, pertumbuhan kukuh e-dagang serta peningkatan aktiviti perdagangan antarabangsa -- import dan eksport.
Bagi pemulihan yang lancar dan sepenuhnya, beliau mencadangkan bahawa protokol kesihatan yang dikenakan ke atas perjalanan udara mestilah konsisten, lebih mudah dan lebih boleh jangka.
Beberapa tindakan juga memerlukan pertimbangan lanjut antaranya membenarkan penumpang yang telah menerima vaksin melakukan perjalanan tanpa langkah tambahan; menggunakan ujian antigen sebelum berlepas untuk penumpang yang tidak menerima vaksin; serta mengelakkan ujian semasa ketibaan, katanya.
Beliau berkata lain-lain termasuk menghapuskan larangan perjalanan dan mempercepat pelonggaran sekatan perjalanan dengan menyedari fakta bahawa pengembara tidak menimbulkan risiko jangkitan COVID-19 yang besar berbanding apa yang telah sedia wujud dalam populasi umum.
Selepas menyampaikan kenyataan pembukaan itu, beliau menyertai perbincangan dengan rakan panel dan penceramah.
Mereka ialah Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi; Ketua Pengarah Mobiliti dan Pengangkutan Suruhanjaya Eropah, Henrik Hololei; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Airlines, Goh Choon Phong; serta CEO Airports Company South Africa, Nompumelelo Z.Mpofu.
Wee berkata sektor penerbangan awam mesti membina keyakinan antara kerajaan, industri dan pengembara udara, serta entiti di luar sektor penerbangan seperti pihak berkuasa kesihatan dan imigresen.
"Pemansuhan kuarantin dan ujian COVID-19 yang membebankan sudah tentu membantu meningkatkan keyakinan dalam kalangan pengembara," katanya.
Beliau berkata Malaysia telah melakukan dengan baik menerusi kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan penerbangan dan kesihatan mengenai isu-isu ini untuk mengenal pasti masalah dan merangka penyelesaian.
Akhirnya, pelaksanaan Malaysia bagi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan Singapura, Kemboja dan Thailand merupakan sebahagian besar usaha bersama bagi menangani jangkaan dan memulihkan semula keyakinan kalangan pengembara untuk melakukan perjalanan melalui udara, katanya.
"Dalam melangkah maju, kita juga mesti meneruskan pendigitalan dan kemampanan dalam operasi lapangan terbang dan penerbangan sebagai kunci untuk membina daya tahan industri penerbangan awam bagi masa depan," katanya.
Wee berkata berdasarkan statistik, sehingga 29 Mac, 2022 iaitu sebelum pembukaan semula sempadan Malaysia, daripada sejumlah 115,646 penumpang yang tiba di Malaysia menerusi VTL, hanya 7,923 atau kurang daripada 7.0 peratus dikesan positif mengalami jangkitan COVID-19 semasa ketibaan.
Statistik-statistik ini penting sebagai panduan dalam keputusan kerajaan untuk membuka semula sempadan Malaysia dan seterusnya membantu membina keyakinan dan sokongan awam terhadap pembukaan semula Malaysia kepada semua pelancong antarabangsa pada 1 April, 2022, katanya.
CAS 2022 yang julung kali diadakan menghimpunkan 300 pemimpin penerbangan global, pembuat dasar dan eksekutif kanan dari lebih 45 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Trafik penumpang udara Malaysia tahun ini diunjurkan melonjak di antara 197 peratus dengan 347 peratus tahun ke tahun, mewakili 32.6 juta hingga 49 juta penumpang. - Gambar fail/BERNAMA

Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

Malaysia dan Turkiye meterai tujuh MoU untuk terus perkukuh hubungan dua hala
Kesemua MOU ditandatangani sempena lawatan rasmi Ismail Sabri yang tiba di republik itu pada Selasa.

Rumah Keluarga Malaysia: 809 selesai dibaik pulih, 10 siap bina baharu
Sebanyak 809 daripada 2,613 unit rumah selesai dibaik pulih, manakala 10 daripada 97 unit lagi siap dibina baharu di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia setakat 17 Jun lepas.

AWANI Ringkas: Kerajaan kaji mekanisme subsidi bahan api bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Lebih 265 PLUSRonda ditugaskan menjelang Aidiladha
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes bunuh di Bera
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kes bunuh seorang wanita dua hari lepas di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera, hari ini.

5 Okt dengar rayuan LHDN terhadap Nooryana berhubung cukai pendapatan
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa, apabila dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran itu.

Banjir Baling: Polis terima 627 laporan babitkan kerosakan premis
Sebanyak 627 laporan diterima pihak polis membabitkan kerosakan premis dan rumah penduduk susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di 12 perkampungan di Kupang, Baling, pada Isnin.

Aidiladha: Terus amal SOP kawal penularan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang penularan COVID-19 akan terus meningkat ketika perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.

Wad kelas tiga tidak pernah dianaktiri, polisi lapuk perlu diubah - Dr Noor Azmi
Kerajaan tidak pernah menganaktirikan wad kelas tiga di hospital-hospital seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Malaysia dijangka catat pemulihan trafik penumpang udara 30 hingga 45 peratus daripada tahap sebelum pandemik
Trafik penumpang udara Malaysia tahun ini diunjurkan melonjak di antara 197 peratus dengan 347 peratus tahun ke tahun, mewakili 32.6 juta hingga 49 juta penumpang.