awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC

Bernama
Bernama
19/11/2024
22:00 MYT
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
MITI berkata keanggotaan Malaysia dalam SMIIC telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah SMIIC semasa Perhimpunan Agung SMIIC ke-7 pada 20 November, 2014. - Foto Facebook/Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah Institut Piawaian dan Metrologi untuk Negara-Negara Islam (SMIIC) bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata keputusan undian diumumkan itu menyaksikan sebanyak 13 negara anggota SMIIC berjaya dalam sesi pengundian bagi pemilihan ahli lembaga pengarah kali ini iaitu Malaysia, Arab Saudi, Cameroon, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Mesir, Maghribi, Palestin, Tunisia, Turkiye, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Sebagai struktur tadbir urus tertinggi di peringkat SMIIC, kepercayaan diberikan oleh ahli institusi berkenaan dengan pelantikan semula Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah bagi tempoh tiga tahun wajar dimanfaatkan sepenuhnya.
"Malaysia berpeluang menggubal dasar, hala tuju, perancangan program dan agenda standard serta pematuhan terutamanya sektor halal dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)," katanya.
Kemenangan itu membuktikan keyakinan negara-negara anggota terhadap keupayaan Malaysia dalam pembangunan infrastruktur kualiti yang mampan termasuk memperkukuh bidang piawaian dan akreditasi bagi industri halal, kata MITI.
Selain ahli lembaga pengarah, Malaysia turut memenangi kerusi bagi Standardisation Management Council (SMC) dan Management of Accreditation Council (MAC), kedua-duanya adalah jawatankuasa yang memantau pembangunan standard dan aktiviti akreditasi di peringkat OIC, katanya.
Malaysia diwakili Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan SMIIC ke-19.
MITI berkata keanggotaan Malaysia dalam SMIIC telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah SMIIC semasa Perhimpunan Agung SMIIC ke-7 pada 20 November, 2014.
"Sejak itu, Malaysia telah menyumbang secara aktif kepada pembangunan dan pengharmonian standard antarabangsa melalui kepimpinan dan penglibatan dalam SMIIC," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Pengarah SMIIC
#Malaysia
#dipilih semula
#Institut Piawaian dan Metrologi untuk Negara-Negara Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan