[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Malaysia dipilih tuan rumah Sukan Sea 2027

Nailah Huda 12/05/2022 | 04:57 MYT
Kali terakhir Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA ialah 2017 di mana kontinjen negara dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 145 pingat emas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia dipilih sebagai tuan rumah edisi ke-34 temasya Sukan Sea 2027 menerusi mesyuarat Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) di Hanoi pada Khamis.
Menurut Olimpik Malaysia menerusi Twitter, pihaknya teruja untuk menerima atlet dari seluruh Asia Tenggara pada temasya tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, SEAGF telah menghubungi MOM bagi mengemukakan tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea 2027 susulan pengunduran Brunei.
Jelasnya, melihat kepada fasiliti di Malaysia ketika ini, kos bagi menganjurkan temasya tersebut dijangka tidak terlalu tinggi.
Kali terakhir Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA ialah pada 2017 di mana kontinjen negara dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 145 pingat emas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sukan SEA #majlis olimpik #SEA Games #tuan rumah