MALAYSIA
Malaysia, Filipina perlu ambil langkah berkesan promosi industri halal di Timur Tengah - PM Anwar
Anwar menjelaskan Malaysia dan Filipinan perlu mengambil langkah untuk memastikan sektor halal ini dapat menembusi dengan lebih efektif di pasaran Timur Tengah. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdagangan dan pelaburan dalam sektor halal serta potensinya merupakan antara isu yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr hari ini.
Perdana Menteri menjelaskan, Malaysia dan Filipina seharus mengambil langkah berkesan untuk industri halal menembusi pasaran Timur Tengah.
"Kami menyentuh mengenai potensi industri halal antara kedua-dua negara, terutama dalam aspek pensijilan halal.
"Bagaimanapun, saya berpandangan kita perlu mengambil langkah untuk memastikan sektor halal ini dapat menembusi dengan lebih efektif di pasaran Timur Tengah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr sempena lawatan rasminya ke Malaysia.