MALAYSIA
  
            Malaysia gesa gencatan senjata segera di Sudan
Mohamad berkata, skala kekejaman yang berlaku disifatkan sebagai amat memalukan, dengan imej satelit menunjukkan darah menutupi bandar El Fasher. - Gambar fail/Bernama
            
      KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa gencatan senjata segera di Sudan berikutan keganasan berterusan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF).
Ringkasan AI
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataan menegaskan, Malaysia menyertai komuniti antarabangsa menuntut RSF agar menghentikan keganasan serta membuka koridor kemanusiaan bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mangsa terjejas.
"Tindakan keganasan melampau yang tidak masuk akal ini mesti dihentikan segera," katanya pada Isnin.
Mohamad berkata, skala kekejaman yang berlaku disifatkan sebagai amat memalukan, dengan imej satelit menunjukkan darah menutupi bandar El Fasher.
Sehubungan itu, beliau menambah, dunia tidak boleh membenarkan kebangkitan semula genosid di wilayah Darfur, dan sejarah tergelap sebegini berulang.
Pada 26 Oktober lalu, RSF dilapor merampas kawalan ke atas El-Fasher dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.
Sudan mendakwa RSF membunuh 300 wanita dalam tempoh dua hari pertama selepas memasuki bandar El-Fasher, ibu negeri Darfur Utara di barat Sudan.
              
  Ringkasan AI
- Malaysia gesa gencatan senjata segera di Sudan susulan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF), khususnya di bandar El-Fasher.
 - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menuntut RSF hentikan kekejaman dan buka laluan bantuan kemanusiaan, sambil menyifatkan kekejaman itu sebagai memalukan dan tidak berperikemanusiaan.
 - RSF didakwa membunuh 300 wanita dalam dua hari pertama selepas menawan El-Fasher, mencetuskan kebimbangan akan berulangnya tragedi genosid di Darfur.