MALAYSIA
Malaysia gesa hentikan konflik Thailand-Kemboja, utamakan keamanan serantau
Orang ramai berehat di pusat perlindungan susulan pertempuran terbaharu antara tentera Thailand dan Kemboja di sepanjang sebahagian sempadan yang dipertikaikan, di wilayah Buriram, Thailand. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap pertempuran bersenjata yang tercetus di sempadan Thailand-Kemboja dan menegaskan bahawa keamanan, kestabilan serta kesejahteraan serantau kekal sebagai keutamaan utama negara.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Malaysia memandang serius perkembangan terkini dan menggesa semua pihak terlibat mengambil langkah segera untuk meredakan ketegangan serta mengelakkan sebarang insiden yang boleh menjejaskan usaha perdamaian sebelum ini.
“Malaysia mengiktiraf komitmen kedua-dua negara melalui Perjanjian Gencatan Senjata bertarikh 28 Julai, Mesyuarat GBC pada 7 Ogos, serta KL Accord yang dimeterai pada 26 Oktober 2025,” katanya.
Beliau turut menekankan pentingnya semua pihak kembali merujuk dan mematuhi Para 7 dalam Perjanjian Gencatan Senjata 28 Julai.
“Sekiranya berlaku konflik bersenjata, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, kedua-dua pihak mesti segera berunding di peringkat tempatan melalui mekanisme dua hala sedia ada bagi mengelakkan keadaan daripada terus meruncing di sepanjang sempadan,” katanya.
Mohamad menegaskan bahawa dialog berterusan, pendekatan diplomatik yang konstruktif dan penghormatan terhadap mekanisme dua hala sedia ada adalah kunci untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan demi kepentingan bersama rantau ini.
Malaysia, katanya, kekal komited untuk menyokong sebarang usaha ke arah penyelesaian damai dan menyeru semua pihak agar mengutamakan persefahaman serantau dalam menangani isu ini secara bertanggungjawab.
Ringkasan AI
- Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap pertempuran bersenjata di sempadan Thailand-Kemboja, menegaskan keamanan dan kesejahteraan serantau sebagai keutamaan.
- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, menggesa pihak terlibat meredakan ketegangan serta mematuhi Perjanjian Gencatan Senjata antara kedua negara.
- Dialog berterusan, pendekatan diplomatik, dan penghormatan terhadap mekanisme dua hala penting untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.