MALAYSIA

Malaysia gesa perhebatkan usaha dapat keadilan untuk Palestin - Anifah

Bernama 28/09/2014 | 04:54 MYT
ANIFAH: Dalam usaha agar Israel bertanggungjawab terhadap tindakannya di Gaza, Jawatankuasa Palestin harus tingkatkan usaha melalui mekanisme PBB. -Gambar fail
Dalam usaha membuatkan Israel bertanggungjawab terhadap tindakannya di Gaza, Jawatankuasa Palestin harus meningkatkan usaha untuk mendapatkan keadilan melalui pelbagai mekanisme Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Jawatankuasa berkenaan perlu mengambil inisiatif ini sebagai keadilan untuk Palestin dan ia perlu dilakukan melalui Majlis Keselamatan dan Majlis Hak Asasi Manusia.

"Sudah tiba masanya, kita bergerak melampaui perkataan dan menumpukan usaha ke arah pendekatan lebih konkrit," katanya pada Mesyuarat peringkat Menteri anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di New York pada 26 Sept.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama hari ini. Anifah berkata jawatankuasa itu juga perlu menuntut agar diadakan Persidangan bersama negara-negara yang telah menandatangani perjanjian di

Konvensyen Geneva keempat dan menangani ketidakpatuhan berterusan Israel dalam
peruntukan instrumen berkenaan.


BERITA LANJUT MENYUSUL

#Datuk Seri Anifah Aman #Gaza #Jawatankuasa Palestin #Palestin #PBB