Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia berharap mendapat semula sejumlah AS$7 bilion (AS$1 = RM4.14) yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Kita berharap mendapat balik AS$7 bilion," katanya semasa ditanya berapa banyak yang Malaysia harap untuk mendapatkannya semula.
Dr Mahathir juga mengesahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang membuat persediaan untuk memulangkan dana berjumlah AS$200 juta (AS$1 = RM4.14) yang dikaitkan dengan 1MDB.
"Mereka akan memulangkannya kepada kita. Mereka tahu ini adalah duit kita. Singapura juga akan memulangkan balik kepada kita," katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al Bukhary pada Jumaat.
Perdana Menteri sebelum ini berkata duit 1MDB yang dicuri berjumlah AS$4.3 bilion (kira-kira RM18 bilion) akan kembali semula ke Malaysia tetapi bukan kesemuanya.
Menurut satu laporan berita Bloomberg pada Jumaat, pihak berkuasa AS sedang membuat persiapan untuk memulangkan dana berjumlah kira-kira AS$200 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB kepada Malaysia, yang dijangka dipindahkan secepat mungkin minggu depan.
Laporan itu menyatakan ia termasuk kira-kira AS$140 juta yang dijana daripada penjualan saham dalam Hotel Park Lane di New York, serta penyelesaian yang dibayar oleh penerbit filem Wolf of Wall Street bernilai AS$60 juta.
Bloomberg berkata pihak berkuasa Singapura juga akan memulangkan kira-kira SG$35 juta (SG$1 = RM3.04), yang diserahkan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dan keluarganya berkaitan dengan 1MDB kepada Malaysia.
Ia berkata perintah mahkamah Singapura diberikan pada 12 Mac agar duit itu dihantar balik kepada 1MDB.
Goldman Sachs memperoleh bayaran berjumlah kira-kira AS$600 juta bagi tugasnya dengan 1MDB, yang termasuk tiga penawaran bon pada 2012 dan 2013 yang mengumpulkan AS$6.5 bilion.
Tahun lepas, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber mengesahkan dana 1MDB berjumlah kira-kira AS$7 bilion beredar dalam sistem kewangan global dan kerajaan Switzerland telah membekukan kira-kira 400 juta Swiss francs (1 Swiss France = RM4.07) yang dipercayai berkaitan dengan dana tersebut di negara itu.
Menurutnya, beliau telah berhubung secara terus dengan peguam negara Malaysia untuk menjelaskan bahawa Switzerland masih berminat untuk menyelaraskannya dengan Malaysia. -- Bernama
Bernama
Fri May 03 2019

Tun Mahathir sebelum ini berkata duit 1MDB yang dicuri berjumlah AS$4.3 bilion (kira-kira RM18 bilion) akan kembali semula ke Malaysia tetapi bukan kesemuanya. - Astro AWANI/Shahir Omar

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

48 disaring selepas jurufoto JSJ IPD Sibu positif COVID-19
Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring hari ini selepas seorang jurufoto JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

Bon 1MDB: Goldman Sachs Singapore akan bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura
Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

'Kenyataan SPRM tidak benar, tiada persetujuan bebaskan Riza' - Tommy Thomas
Tommy Thomas berkata, tidak ada sebarang persetujuan untuk membebaskan Riza daripada pertuduhan.

Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB - Ambrin
Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.

Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Tawaran pampasan RM1 bilion Goldman Sachs 'tidak memadai' - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.

Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya 'uphold' integriti saya - Shukri Abdull
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada PM.

Malaysia harap dapat semula AS$7 bilion duit 1MDB - Tun Mahathir
Dr Mahathir juga mengesahkan bahawa Amerika Syarikat sedang membuat persediaan untuk memulangkan dana berjumlah AS$200 juta.

Bantuan kepada Felda adalah kredit negatif - Moody's
Katanya, dengan imbangan tunai Felda yang mengecil, agensi milik kerajaan itu kemungkinan tidak mampu memenuhi tanggungjawabnya untuk membayar hutang tanpa bantuan kerajaan.