Skip to main content

Malaysia

Malaysia hasrat perkukuh kerjasama dengan SAP pacu transformasi digital - PM Anwar

 Menerima kunjungan hormat daripada Presiden Global Kejayaan Pelanggan SAP bagi Eropah, APAC, Timur Tengah dan Afrika, Emanuelle (Manos) Raptopoulos, yang mewakili SAP, peneraju global dalam aplikasi perusahaan dan kecerdasan buatan (AI), serta rakan strategik dalam memacu transformasi digital dan pembangunan bakat di Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Global Kejayaan Pelanggan SAP bagi Eropah, APAC, Timur Tengah dan Afrika, Emanuelle (Manos) Raptopoulos di Parlimen, hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat memperkukuh penggunaan teknologi digital, meningkatkan kecekapan sektor awam dan swasta serta melahirkan lebih ramai bakat berkemahiran tinggi khususnya dalam kalangan belia dan bakal graduan.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu dizahirkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Presiden Global Kejayaan Pelanggan SAP bagi Eropah, APAC, Timur Tengah dan Afrika, Emanuelle (Manos) Raptopoulos di Parlimen, hari ini. 

Beliau berkata pada pertemuan itu, potensi kerjasama dibincangkan dengan Raptopoulos yang mewakili SAP, peneraju global dalam aplikasi perusahaan dan kecerdasan buatan (AI) serta rakan strategik dalam memacu transformasi digital dan pembangunan bakat di Malaysia.

“Saya percaya kerjasama strategik antara kerajaan dan syarikat teknologi global seperti SAP mampu mempercepat agenda transformasi digital negara, sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing,” katanya. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement