[TERKINI] PM Anwar Umum Penghargaan Luar Biasa kepada Rakyat, 10.30 Pagi Esok – Info Terkini Di Sini
MALAYSIA

Malaysia hebat di pentas global, kami mahu belajar – Presiden Guinea-Bissau

Khalis Khadir 04/06/2025 | 06:05 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) semasa sidang media bersama Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo, di sini hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Guinea-Bissau bersedia mempelajari pengalaman dimiliki Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, bantuan teknikal serta sektor perindustrian.


Ringkasan AI
  • Guinea-Bissau mahu belajar dari Malaysia: Presiden Umaro Sissoco Embalo menyatakan hasrat negaranya untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam bidang pendidikan, bantuan teknikal, dan sektor perindustrian.
  • Lawatan sebagai titik permulaan kerjasama: Embalo melihat hubungan antara Malaysia dan Guinea-Bissau sebagai erat dan berharap lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.
  • Malaysia sebagai rakan utama di Afrika: Guinea-Bissau mahu Malaysia menjadi rakan utama mereka di peringkat global dan berjanji memastikan setiap persetujuan dengan Malaysia dilaksanakan melalui kementerian berkaitan.


Presidennya, Umaro Sissoco Embalo berkata, Malaysia bukan sekadar menonjolkan pencapaian membanggakan di Asia Tenggara, malah di pentas global.

“Kami berbangga dengan pencapaian Malaysia, kita ibarat saudara dan hubungan antara kita seharusnya mudah, mesra dan penuh keakraban. Kami mahu belajar dari negara ini.

“Saya yakin bahawa lawatan ini akan membuahkan kejayaan dan saya benar-benar berharap begitu,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, di sini, pada Rabu.

Katanya, lawatan ini menjadi titik permulaan penting untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.

“Kami mahu Malaysia menjadi rakan utama kami di benua Afrika dan Malaysia boleh menjadi kunci penting bagi kami bukan hanya di Asia, tetapi juga di peringkat global.

“Saya akan beri arahan kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri Guinea-Bissau untuk bekerjasama dengan kementerian di Malaysia dan pastikan semua yang dipersetujui dilaksanakan,” katanya.





#Guinea-Bissau #Anwar Ibrahim #lawatan rasmi #Umaro Sissoco Embalo #terkini