MALAYSIA
Malaysia himpun Menteri Luar ASEAN bincang ketegangan Kemboja–Thailand
Ia menjadi platform untuk berkongsi pandangan serta menilai pendekatan bagi meredakan situasi dan mengelakkan sebarang eskalasi konflik. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN pada 22 Disember 2025 bagi membincangkan perkembangan terkini hubungan antara Kemboja dan Thailand, selaras dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN.
Ringkasan AI
Mesyuarat yang berlangsung di Kuala Lumpur itu diadakan susulan persetujuan tiga hala melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Kemboja dan Thailand yang dicapai pada 11 Disember lalu, sebagai langkah awal ke arah meredakan ketegangan antara kedua-dua negara jiran berkenaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan mesyuarat tersebut, yang dijangka menjadi platform penting kepada negara-negara anggota ASEAN untuk berkongsi pandangan serta menilai pendekatan kolektif bagi membantu meredakan situasi dan mengelakkan sebarang eskalasi konflik.
Perbincangan turut memfokuskan usaha menyokong keamanan dan kestabilan antara Kemboja dan Thailand, selain memastikan keselamatan serta keharmonian rantau Asia Tenggara terus terpelihara.
Penganjuran mesyuarat khas ini mencerminkan komitmen berterusan ASEAN terhadap prinsip perpaduan dan solidariti, serta peneguhan peranan Kepusatan ASEAN dalam menangani isu keselamatan serantau, sejajar dengan Piagam ASEAN dan Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menegaskan kesediaannya untuk terus memudah cara dialog konstruktif berlandaskan semangat ASEAN, di samping menggalakkan kedua-dua pihak berpegang kepada undang-undang antarabangsa, hubungan kejiranan yang baik dan kerjasama dua hala serta pelbagai hala, demi mencapai penyelesaian yang aman dan berkekalan.
Ringkasan AI
- Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN pada 22 Disember 2025 di Kuala Lumpur untuk membincangkan hubungan antara Kemboja dan Thailand serta meredakan ketegangan di antara kedua negara jiran tersebut.
- Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Malaysia, akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang dijangka menjadi platform penting bagi negara-negara ASEAN berkongsi pandangan serta menilai pendekatan kolektif untuk membantu meredakan situasi dan mengelakkan konflik.
- Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen ASEAN terhadap prinsip perpaduan, solidariti, dan keselamatan serantau, serta menegaskan kesediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN untuk memudahkan dialog konstruktif demi penyelesaian yang aman dan berkekalan.