awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hormati keputusan Singapura kenakan caj jalan raya

Bernama
Bernama
17/01/2017
00:42 MYT
Malaysia hormati keputusan Singapura kenakan caj jalan raya
Lembaga Pengangkutan Darat Singapura mengumumkan semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar RRC sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki republik itu sama ada melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands. - Gambar fail
Malaysia menghormati keputusan Singapura memperkenalkan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) kepada semua kenderaan yang berdaftar di luar negara itu mulai 15 Feb depan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata Malaysia akan terus berbincang dengan Singapura berhubung keputusannya sebagai timbal balas terhadap Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk yang dikenakan terhadap kereta yang memasuki Johor mulai 1 Nov 2016.
"Singapura memperkenalkan Permit Masuk Kenderaan (VEP) pada 1973, kami tidak membalas dan kemudiannya, kami berpendapat kami perlu memperkenalkan caj jalan raya.
"...dan hari ini apabila Singapura mengumumkan mereka mahu mengikut jejak langkah Malaysia berhubung caj jalan raya, kami ingin mereka tahu bahawa kami sebenarnya berbeza namun kami hormati keputusan mereka," katanya selepas merasmikan Ekspo Arca oleh Ch'ng Huck Theng di sini, malam tadi.
Liow berkata VEP yang diperkenalkan oleh Malaysia hanya memerlukan pemilik kenderaan asing untuk membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10 selama lima tahun.
Beliau berkata tiada diskriminasi ke atas kenderaan Singapura memandangkan caj yang sama juga akan dilaksanakan di sempadan Thailand, Brunei dan Indonesia.
Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) pada Isnin mengumumkan semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar RRC sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki republik itu sama ada melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands.
Menurut LTA, RRC itu akan dikutip bersama-sama VEP, bayaran tol dan bayaran tetap Kadar Bayaran Elektronik (ERP) sebelum meninggalkan Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands.
Sementara itu, Liow berkata siasatan berhubung insiden MH17 akan dilanjutkan sehingga 2018.
"Kita akan menyertai sepenuhnya dalam pasukan siasatan bersama dan kita masih gigih dalam penyiasatan.
"Sebenarnya, kita sudah mendapat laporan awal dan kita akan teruskan siasatan mengenainya," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#caj jalan raya
#Lembaga Pengangkutan Darat Singapura
#Liow Tiong Lai
#Malaysia
#MH17
#permit masuk kenderaan
#Singapura
#tiada diskriminasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan